Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026
Foto - @missfazura (IG)

Foto - @missfazura (IG)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga yang menyimpan hasrat untuk ‘menukar’ bentuk hidung mereka menjadi lebih mancung berbanding bentuk asal, seperti penyet, besar dan sebagainya.

Sebagai solusi, ramai wanita memilih untuk melakukan pembedahan kosmetik kerana mahukan bentuk hidung yang mancung dan sempurna.

Tetapi tak semua orang mampu dan berani untuk melakukan pembedahan kosmetik bagi mendapatkan bentuk hidung idaman. Sekiranya kamu salah seorang daripadanya, MURAI ada cara untuk kamu dapatkan hidung mancung tanpa sebarang pembedahan sebelum tiba hari raya nanti!

#1

Kaedah yang pertama, yang paling biasa dan semua orang tahu adalah trik solekan. Cara ini paling mudah kerana kamu boleh ‘melukis’ sendiri ilusi hidung mancung yang kamu mahukan dengan menggunakan teknik kontur.

Caranya adalah, gunakan bronzer dengan warna kod yang sedikit gelap daripada warna kulit asal kamu. Kemudian lukiskan garisan selari di antara batang hidung dan blend dengan rata menggunakan berus atau beauty blender.

Cadangan MURAI, lebih baik kamu gunakan bronzer jenis pensel dan berkrim, berbanding jenis bedak kerana ia lebih kekal lama dan jelas.

#2 

Kaedah yang kedua pula, melibatkan sedikit cubitan. Tetapi jangan pula kamu risau kerana ia adalah cubitan manja sahaja. Caranya adalah, cubit tepi hidung, di bahagian sayap hidung menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Kalau tidak tahu di mana bahagian sayap, bayangkan bagaimana kamu menutup hidung dengan memicit ketika terhidu bau busuk.

Tahan selama lima minit dan lakukan sebanyak tiga ke 4 kali sehari. Nasihat MURAI, pastikan cubit bahagian sayap hidung dengan perlahan dan tidak menyebabkan ia luka atau sakit ye.

#3 

Yang terakhir adalah dapatkan hidung mancung dengan teknik mengurut hidung. Kaedah terakhir ini dikatakan paling senang dan semula jadi untuk dapatkan hidung mancung.

Caranya:

  • Picit atau urut bahagian tulang hidung menggunakan jari telunjuk dan tengah.
  • Urut bermula daripada bahagian tengah mata ke bahagian tengah hidung dan hujung.
  • Picit dan urut juga sayap hidung.
  • Lakukan selama 5 minit, sekerap mungkin dalam masa sehari.

Pastikan urut dengan perlahan-lahan agar tidak melecet atau sakit hidung. Senang kan? Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara urut hidung mancunghidung mancungtips hidung mancung
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara