Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Biadab, Fitnah, Kaki Kecam’- Emelda Sedih Lihat Sikap Orang Sekarang Terutama Beragama Islam

by Puteri Alia
June 29, 2021
Share on Facebook

Tular di sosial media mengenai kes warga emas berusia 80 tahun, disyaki menculik remaja Orang Kurang Upaya (OKU) di Saujana Rawang hanyalah salah faham sahaja.

Berikutan itu, ramai yang memberi pandangan termasuklah pelakon veteran Emelda mengenai cara ibu kepada remaja OKU tersebut bertindak kasar terhadap warga emas berkenaan tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Jangan Terus Melulu, Semak Dahulu

Kes viral ini mendapat perhatian Emelda yang berasa terkesima dengan tindakan ibu kepada remaja OKU tersebut, yang bertindak kasar sambil mengeluarkan perkataan cacian terhadap warga tua itu.

Foto – Instagram @emeldarosemila

“Astagfirullahalzim! Terdiam (speechless) tengok kejadian (incident) ini. Apa-apa pun semak betul-betul kesahihan kejadian. Jangan terus melulu. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Tidak berbahaya (harmless) warga emas ini.

Kenapa bertindak ganas terhadap beliau. Orang ramai yang lain pun tak tahu cerita apa, terus caci maki dengan perkataan yang kesat. Kenapa tak selidik dulu.

Kalau polis buat penahanan pun polis tak bertindak macam ini, melainkan kalau betul-betul bahaya dan ada kes jenayah. Harap pakcik ini selamat.” Tulis Emelda

Sikap Masyarakat Sekarang Menyedihkan, Tiada Adab Dan Biadap

Melihat kejadian seperti ini, Emelda berasa sedih dengan sikap masyarakat masa kini yang seolah-olah tidak mempunyai adab dan sebaliknya semakin ramai yang suka mengeji, menghina dan menghukum tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Foto – Instagram @emeldarosemila

“Mel sedih betul dengan sikap orang sekarang ini. terutamanya (especially) yang beragama Islam. Biadap, fitnah, kaki kecam, mengeji, menghina, menghukum dah jadi budaya baru.

Dah jadi seperti suatu pesta yang menyeronokkan. Jaga-jaga ya, jangan lalai. Hati kena kuat, kena selalu ingat Allah sentiasa melihat kita. Dosa kita dengan Allah InshaaAllah DIA boleh ampunkan dengan kasih sayang dan rahmatNYA.

Dosa dengan manusia, kalau tak diampunkan menjadi asbab kaki kita tak jejak syurga. Biasakan apa saja yang tak suka kita lihat, baik buruk kita doakan. Tak berbaloi kita kecam, hina orang yang kita tak kenal hujungkan kita tak masuk syurga.

Pesanan untuk diri Mel juga. Jangan rosakkan hati. Jadi orang yang ada kualiti.” Tulisnya lagi

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang di masa hadapan dan jika berlaku sebarang kejadian, bertindaklah menggunakan akal dan selidik kebenaran sebelum menjatuhkan hukuman melulu.

Emelda RosemilaWarga Emas
https://lomp.at/nr7ov
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara