Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Hanya Ingin Mencari Wang Untuk Keluarga” – Tegar Janji Buat Yang Terbaik Dalam Big Stage 2022

Tegar kini kembali ke Malaysia untuk menjadi sebagai salah seorang peserta program tersebut

by Khai Azfar
February 10, 2022
Share on Facebook

Wajah terkini penyanyi yang mekar dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’, Tegar Septian dalam program realiti Big Stage 2022 mencuri perhatian ramai.

Tegar Semakin Kacak, Kembali Beri Saingan

foto via Astro/Azrul Rafie

Manakan tidak, Tegar kini kembali ke Malaysia untuk menjadi sebagai salah seorang peserta program tersebut dan dipuji ramai kerana semakin kacak.

“Sekarang saya harus jaga penampilan kerana dahulu saya memang tidak menjaganya. Sekarang bukan setakat penampilan malah sikap juga harus dijaga” kata Tegar kepada Murai.my

Menurut Tegar, dia bersyukur dan gembira kerana dapat sertai Big Stage 2022 dan sebagai buah tangan buat peminat yang merinduinya,Tegar turut mendendangkan lagu hits nya itu yang diberi nafas baharu pada konsert pengenalan.

“Alhamdulillah saya berkesempatan untuk masuk Big Stage 2022 dan menyanyikan lagu hits saya Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dalam versi baharu .

“Saya bersyukur dapat kembali kerana sudah lama tidak dapat membuat persembahan dimana-mana disebabkan covid 19. Lagu itu merupakan versi baharu yang saya ubah sendiri dan berbeza sesuai dengan judul lagunya” katanya lagi

Bercakap mengenai penyertaannya, Tegar akui terasa akan cabaran yang perlu dihadapinya memandangkan peserta Big Stage kali ini mempunyai kekuatan dan kelebiha mereka tersendiri. Malah, Tegar tidak menolak berkemungkinan akan menghadapi masalah penggunaan bahasa Malaysia yang tepat memandangkan dia akan menyanyikan lagu Assalamualaikum nyanyian asal Faizal Tahir pada minggu hadapan. Bagaimanapun, jelas Tegar dia akan membuat sebaik mungkin bagi mendapat kedudukan yang selesa dalam pertandingan itu.

“Persaingannya sangat terasa kerana mereka semua hebat tetapi saya disini hanya ingin membuat yang terbaik.

“Saya berhadapan dengan banyak cabaran terutamanya saya harus menghafal lagu dalam Bahasa Malaysia dan perlu buat yang terbaik. Semoga tidak ada kesalahan yang ketara dan dipermudahkan segalanya” katanya

Mula Rindukan Isteri & Anak

Dalam perkembangan lain, Tegar juga mendedahkan sudah mula merindui isteri dan anaknya berikutan terpaksa berpisah untuk sementara waktu sepanjang berada di Malaysia.

“Saya akui berasa rindu dengan anak dan isteri tetapi saya bersyukur boleh buat panggilan video, minta mereka doa dan sokong saya.

“Mereka tidak melarang saya ke sana sini kerana niat saya hanya ingin mencari wang untuk keluarga. Alhamdulillah mereka sokong” katanya menutup bicara

Tegar ditemui di sidang media konsert minggu pertama Big Stage 2022 pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain Tegar, program realiti ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) itu turut disertai 11 peserta lain terdiri daripada Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal Chuer, Syafiq Abdillah,Iqbal Zulkefli dan Megat Rahim.

big stage 2022tegar septian
https://lomp.at/tx89w
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara