Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Bila Kopi Itali Bertemu Teknologi Moden: Lavazza X aura+ Bikin Hidup Lebih Sedap

by Phic ARMAN
July 23, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini MURAI terasa macam tengah melancong ke Itali, padahal kaki masih berpijak di Centre Court, Suria KLCC. Mana taknya, aroma kopi segar memenuhi ruang sambil mata terpaku pada sebuah booth pop-up yang cantik, moden, dan penuh vibes. Inilah dia hasil kolaborasi menarik antara Lavazza, jenama kopi Itali lagenda, dengan aura+, pakar inovasi teknologi gaya hidup.

Bila MURAI dengar mereka buat Pop-Up Shop bersama, terus terlintas di kepala, ini bukan sekadar pelancaran produk kopi, tapi satu pengalaman yang menggabungkan tradisi seni kopi Itali dengan teknologi moden yang memudahkan hidup kita semua.

Kopi + Teknologi: Gabungan Yang Membuka Selera

Di satu sisi, kita ada Lavazza dengan lebih 100 tahun sejarah, pakar dalam seni meracik biji kopi Arabica & Robusta menjadi secawan espresso yang mantap, pekat, wangi, dan penuh perasaan. Di satu sisi lagi, aura+ pula menyuntik elemen teknologi dengan mesin kopi Java One Espresso mereka yang canggih, anggun, tapi mesra pengguna.

Kedua-dua jenama ini, bila bergabung, bawa satu konsep yang MURAI rasa tepat dengan gaya hidup orang moden: kopi premium, tapi mudah, cepat, dan bergaya.

Mesin & Kapsul Baharu

Kolaborasi ini juga memperkenalkan dua bintang utama:

  • Lavazza Crema e Gusto Forte:  kapsul dengan rasa pekat, aroma koko, tembakau & kayu, sesuai untuk mereka yang suka kopi bold & intense.
  • aura+ Java One Espresso: mesin kopi elegan yang hanya perlu satu sentuhan untuk hasilkan espresso atau lungo berkualiti café. Rekaan moden, sesuai dengan dapur minimalis atau pejabat stylish anda.

Kalau dulu nak rasa kopi Itali kena tunggu barista, sekarang boleh buat sendiri kat rumah dengan penuh keyakinan sebab teknologi mesin ni memang senang sangat nak guna, tapi rasa tetap premium.

Pop-Up Yang Penuh Aktiviti

MURAI sempat juga mencuba Coffeetails (macam cocktail tapi berasaskan kopi!), bergambar di dinding Instagram-worthy, dan tengok sendiri sesi engraving nama. Ada banyak aktiviti untuk pengunjung, main permainan berhadiah, beli kapsul dapat putar roda hadiah, siap dapat tumbler bila beli mesin. Semua ini untuk meraikan kopi bertemu teknologi, bukan sekadar beli-belah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aura+Lavazza
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara