Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Bila Mekap Tebal Dalam Cuaca Panas Terik, Kamu Berisiko Dapat…

by Soph Azz
May 19, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Sudah menjadi lumrah sebenarnya wanita gemar mengenakan mekap untuk kepuasan dan tingkatkan keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai.

Dan tanpa mengira keadaan dan cuaca (termasuklah cuaca panas), mereka akan tetap mengenakan mekap tanpa gagal.

Bagi wanita yang tinggal di Malaysia, kebanyakan kita mempunyai satu masalah yang sama iaitu cuaca yang panas. Ini kerana cuaca yang panas boleh membuatkan mekap yang dipakai menjadi susah nak kekal lama.

Kesannya tak sampai setengah hari, ia boleh jadi cair, rosak dan crack akibat suhu yang panas serta peluh. Jadi apabila mekap ketika panas, kamu sebenarnya berisiko untuk mendapat beberapa ‘masalah’ Salah satunya…

Jerawat 

Foto – Pinterest

Perkara biasa yang terjadi apabila kenakan mekap ketika cuaca panas adalah jerawat. Apabila kamu kenakan foundation atau bedak, ia akan buatkan pori kamu tersumbat. Kesannya minyak lebihan, peluh dan sisak mekap yang tersumbat menjadikan jerawat mula muncul di sekitar wajah.

Jangkitan mata 

Ada sesetengah wanita, mereka suka all out mengenakan mekap mata. Penting untuk kamu tahu, kulit di sekeliling mata adalah kawasan yang sangat sensitif. Jadi bila pakai ketika cuaca panas, mekap akan menjadi cair dan membuatkan ia mudah memasuki sudut mata sehingga terjadinya iritasi serta jangkitan.

Pori jadi tersumbat 

Foto – Pinterest

Memiliki pori terbuka membuatkan wajah kamu akan mudah tersumbat dengan bakteria dan kotoran di wajah. Ditambah pula dengan pakai mekap, kulit kamu akan mengunci kelenjar peluh dan memerangkap sisa kotoran di wajah ke dalam liang. Akibatnya, wajah akan alami kerengsaan dan kemerahan.

Ada yang jadi kering, berminyak dan kusam

Pakai mekap ketika cuaca panas boleh akibatkan beberapa keadaan ini berlaku pada kulit kamu:

Foto – Pinterest
  1. Kulit akan jadi terlalu kering dan merekah akibat berpeluh
  2. Ada sesetengahnya akan nampak terlalu kusam
  3. Wajah menjadi sangat berminyak dan mekap akan buatkan wajah nampak bercapuk dan crack di bahagian  bawah mata, garis senyum dan dahi.

Proses penuaan jadi lebih cepat 

Mungkin ada yang tak percaya, tetapi mekap boleh buatkan proses penuaan kamu menjadi lebih cepat. Ini kerana bahan-bahan dalam alat mekap kamu itu cenderung untuk menyerap vitamin serta mineral penting dalam kulit. Hasilnya selepas pakai, kamu akan nampak kedutan mula muncul dan kulit jadi terlalu kering.

Foto – Pinterest

Saranan Miss Murai, kalau kamu nak bermekap dalam cuaca panas, jangan pilih untuk kenakan mekap tebal ye. Cukup nipis dan simple sahaja supaya masalah di atas tidak berlaku. Semoga bermanfaat!

bahaya mekapJerawatkesan mekapmasalah kulit
https://lomp.at/q0fpv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara