Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Bila Takdir Melarang Cinta? Foto Fadlan Hazim Pegang Bahu Nadia Brian Cetus Tanda Tanya

by Phic ARMAN
February 22, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, sekeping gambar pelakon Fadlan Hazim dan Nadia Brian, tular di media sosial, mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat. Dalam gambar tersebut, Fadlan dilihat meletakkan tangannya di bahu Nadia dengan ekspresi serius, seolah-olah memberi bayangan sesuatu yang mendalam antara watak mereka.

Namun, rupa-rupanya gambar tersebut adalah sebahagian daripada promosi drama Bila Takdir Melarang Cinta, yang bakal ditayangkan secara eksklusif di platform iQIYI bermula 14 Februari 2025. Drama penuh aksi dan emosi ini mengisahkan percintaan yang terperangkap dalam dunia penuh kuasa, dendam, dan pengkhianatan.

Dibintangi oleh Fadlan Hazim, Nadia Brian, Afiq Muiz, dan ramai lagi, ia diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Metrowealth. Drama ini mengangkat kisah dua keluarga kartel terbesar di Kuala Lumpur yang bertarung untuk merebut kuasa dalam dunia jenayah.

Watak utama, Rayyan (Fadlan Hazim), anak kepada ketua mafia keluarga Salim, berusaha keluar dari kehidupan jenayah walaupun terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri. Sementara itu, Hawa (Nadia Brian), pewaris keluarga Borhan, bercita-cita mengubah perniagaan gelap keluarganya. Kedua-duanya berusaha mencari kebebasan, tetapi jalan mereka dipenuhi cabaran dan bahaya yang menguji kepercayaan dan prinsip masing-masing.

Konflik semakin memuncak apabila perjanjian damai antara dua keluarga bertukar menjadi serangan berdarah akibat pengkhianatan. Dalam situasi yang tidak diduga, Rayyan melindungi Hawa, musuh yang sepatutnya dia benci. Di tengah-tengah peluru dan rahsia yang terbongkar, perasaan cinta mula berputik. Namun, dalam dunia penuh penipuan dan pengkhianatan, mampukah mereka melawan takdir dan mempertahankan cinta mereka?

Menurut En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, drama ini bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi sarat dengan aksi, emosi, dan dilema yang mencengkam. Dengan barisan pelakon mantap dan plot mendebarkan, Bila Takdir Melarang Cinta dijangka menjadi kegemaran ramai. Penonton boleh menontonnya secara eksklusif di iQIYI bermula 14 Februari 2025, dengan langganan VIP untuk pengalaman menonton tanpa gangguan.

Shukri Yahaya Sifatkan Fadlan ‘Rare’, Minta Terus Kuat Dan Hormati Keputusannya
Fadlan Hazimnadia brian
https://lomp.at/y2hkz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara