• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Juga Berbakat Dalam Bidang Lukisan! Ini Kisah Pengarah, Jamal Khan Yang Ramai Tidak Tahu

by Jash Lee
November 6, 2021
Share on Facebook

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali figura yang bernama Jamiludin Bin Jabar atau lebih dikenali sebagai Jamal Khan. Namun, nama Jamal sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan penggiat industri seni tanah air. Dia yang dilahirkan pada Julai 1975 di Kuala Lumpur merupakan seorang penerbit dan pengarah yang sudah berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pengarahan melebihi sepuluh tahun.

via WA

Ketika dihubungi Murai.my, pengarah ini berkesempatan berkongsi dengan lebih terperinci mengenai latar belakangnya yang pasti ramai tidak tahu.

Mengimbau memori zaman kanak-kanaknya, dia akui tidak seperti kanak-kanak lain yang suka bermain dan sebagainya. Bagi Jamal, dia lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan menonton televisyen sehingga sering dimarahi oleh kedua ibu bapanya.

via WA

Jelasnya, sifat ingin tahu bagaimana jalan cerita sesebuah drama terhasil membuatkan dia begitu asyik dengan hobi tersebut. Selain itu, Jamal turut mendedahkan  mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang karikatur sehingga pernah memenangi anugerah ‘Pelukis Kartun Terbaik’ untuk minggu Sains di sekolahnya suatu ketika dahulu.

Kongsinya lagi, memandangkan dirinya dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang serba kekurangan sebelum ini,  Jamal telah menanam azam untuk bekerja dan membantu serta mengubah nasib keluarganya.

Latar Belakang

via WA

Jamal pernah berkhidmat dalam bidang pemakanan dan katering (F&B) sehingga menggalas tanggungjawap sebagai kapten dengan tawaran gaji yang agak lumayan. Bagaimanapun, dek kerana terlalu minat dalam pembikinan drama dan kerap menonton wayang dia tertarik dengan satu tawaran yang dibuat oleh sebuah syarikat, HVD Production yang sedang mencari krew produksi.

Untuk tidak melepaskan peluang tersebut, Jamal cuba mencari sedikit ilmu bagi memperkukuhkan lagi permohonannya dengan mengikuti satu kursus asas dan lanjutan tentang pengarahan dan sinematografi anjuran FINAS. Selepas menerima siji tersebut dan meneruskan temuduga yang ditawarkan, rezeki menyebelahinya dengan ditawarkan sebagai krew produksi.

via WA

Walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah, namun demi minat yang terlalu mendalam, Jamal menerima dengan hati yang terbuka dan penuh semangat. Berkat kesabaran dan kerja kerasnya, Jamal akhirnya ditawarkan kenaikan pangkat sebagai penolong pengarah.

Namun, pada tahun 1998 telah berlakunya kegawatan ekonomi dan ramai kakitangan separuh masa yang telah dibuang kerja termasuk dirinya. Jamal kemudiannya mencari alternatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup dan dia beralih semula kerjayanya dalam bidang F&B di Royal Club Selangor selama beberapa bulan.

Nasib menyebelahinya apabila Jamal telah menerima panggilan telefon yang menawarkan kerja sebagai ‘floor manager’ untuk sebuah drama 156 episod yang berjudul ‘Idaman 2’. Tanpa berfikir panjang, Jamal meletakkan jawatan di Royal Club Selangor dan bermulalah episod pertamanya di dalam industri seni.

Setelah 12 tahun berkhidmat sebagai krew dan dinaikkan pangkat sebagai penolong pengarah, akhirnya Jamal nekad untuk beralih ke bahagian pengarahan. Drama pertama arahannya adalah ‘Tangisan Bulan Madu’ dan berjaya tercalon dalam Anugerah Skrin.

Perkembangan Terbaru

via WA

Terkini, Jamal sedang mengarahkan satu drama yang berjudul ‘Jangan  Ganggu Jodohku’ yang diadaptasi dari novel Umie Nadzimah yang berkisahkan tentang seram komedi yang dijangka akan berakhir pada November tahun ini. Jamal juga mendapat tawaran untuk mengarahkan beberapa lagi drama namun prinsip kerjanya adalah menyiapkan sebuah karya dengan sempurna terlebih dahulu sebelum menerima tawaran yang lain. Akan datang, Jamal akan mengarahkan ‘Tujuh Hari Mencintaiku 3’ dan penggambaran dijangka  bermula pada Januari tahun hadapan.

Pelakon Perlu Popular? Ini Respon Jamal 

via WA

Ketika isu populariti selebriti hangat diperkatakan, Jamal akui isu tersebut sememangnya menarik untuk dikupas. Tidak menafikan ramai yang mengambil kira soal jumlah pengikut di media soial, namun menurutnya ia adalah satu perkara yang amat merunsingkan bagi seorang pengarah.

Ini kerana, bagi Jamal setiap pelakon yang diambil untuk melakonkan sesebuah watak harus lebih bersedia dan mempunyai ilmu serta bakat. Malah dia juga enggan mengambil kira aspek ramai pengikut namun ‘kosong’. Jamal juga merasakan seorang pelakon, youtuber, influencer atau sesiapa sahaja , jangan tamak untuk menerima tawaran.

Sebaliknya, mereka  harus bijak membuat keputusan dan fikir tentang kebolehan dan bakat diri. Jamal juga tidak menafikan, antara diantara mereka sememangnya mempunyai bakat namun dalam masa yang sama ada segelintir yang langsung tidak mempunyai bakat dan ilmu dalam asas lakonan.

Prinsip Jamal, sesiapa sahaja yang mahu berlakon di bawah arahannya harus bersedia dan membuat persiapan seadanya dari pelbagai aspek seperti skrip, pakaian, watak dan sebagainya.

“Setiap orang yang bekerja harus tetapkan satu prinsip dalam kehidupan dan menjaga reputasi untuk setiap sudut dan menjaga nama baik sendiri dan keluarga. Jangan kerap mencari masalah. Kualiti produk dalam industri ialah masa dan sikap serta sentiasa memikirkan tentang matlamat dan tujuan kita dalam melakukan sesuatu. Kalau kita bersungguh-sungguh, masa depan dalam industri lebih cerah dan peluang akan datang tanpa disangka-sangka, yang penting semangat, kualiti kerja dan jangan tamak.” kata pengarah itu lagi.

Sebagai tambahan, Jamal Khan telah mengarah banyak drama terbaik antaranya ‘Dia Isteri Luar Biasa’, ‘Duda Pujaan Dara’, ‘Mahabbah’, ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’, ‘Biniku Hantu Langsuir’ dan banyak lagi. Pengarah ini juga pernah merangkul anugerah Lakun Layar Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik.

jamalkhanjanganganggujodohkuPengarah
https://lomp.at/c6hul
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Personaliti

Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

by Phic ARMAN
December 15, 2020

Lama juga kita tak dengar perkembangan Jejaka yang pernah digilai ramai gadis pada suatu ketika dahulu. Alexander Charles Yoong Loong ...

Read moreDetails
Personaliti

[GAMBAR] TMJ Menunaikan Umrah Bersama Keluarga, Momen Solat Di Raudhah Bersama Anak Paling Penyentuh Hati

by Phic ARMAN
January 27, 2025

Baru-baru ini, momen-momen indah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya telah menjadi perhatian...

Read moreDetails
Personaliti

Anak Perempuan Dato Ramli MS Yang Ramai Tidak Tahu!-“Cantik Persis Ibunya, Jennifer Thompson”

by Jash Lee
November 6, 2023

Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore