• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026
2.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada YTM Tunku Sulaiman Badlishah, menarik perhatian netizen selepas video beliau mengiringi bonda dan ayahanda dimuatnaik di TikTok @kakijalan66. Dalam rakaman tersebut, langkah tenang Tunku Sulaiman ketika berada di Kopi Waktu Sedaka, Yan, mencuri tumpuan ramai.

@kakijalan66

Langkah tenang seorang putera DiRaja Kedah, YTM Tunku Sulaiman Badlishah, Anakanda kepada Tuanku Raja Muda Kedah, DYTM Tunku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Kopi Waktu Sedaka Yan Daulat Tuanku #rajamudakedah #kopiwaktu #sedaka #yan #experiencekedah

♬ Istana – PakNgah

‘Handsome, Tinggi, First Time Nampak’

Rata-rata rakyat terpesona dengan penampilan YTM Tunku Sulaiman. Seorang netizen menulis,

“Baru nampak Tunku Sulaiman ni, hensem mengalahkan SRK, muka manis, tinggi pula, yang penting humble, relax jer masuk dalam bendang.”

Komen lain pula menyatakan, “Uih tinggi noh, first time nampak anak Raja Muda Kedah,” manakala ada yang menggelar beliau seiras pelakon Thailand, “Sekali imbas macam ‘Bright Vachirawit’ plak.”

Selain wajah tampan dan tinggi lampai, ramai juga memuji sikap rendah diri putera Diraja ini. Menurut komen, mungkin ini pengalaman awal Tunku Sulaiman mula berlatih untuk berinteraksi dengan orang ramai, memandangkan beliau baru sahaja mencecah usia 18 tahun.

Untuk rekod, Tunku Sulaiman Badlishah merupakan putera sulung DYTM Tunku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff. Tunku Sarafudin dilahirkan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah, dan berkahwin pada 27 Februari 2003. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu puteri YTM Tunku Zara Bahiyah (lahir 11 April 2004) dan putera YTM Tunku Sulaiman Badlishah (lahir 18 Disember 2007).

DYTM Tunku Sarafudin juga merupakan cucunda Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, menekankan warisan Diraja Kedah yang terus bersinar melalui generasi muda.

Langkah tenang dan penampilan menawan Tunku Sulaiman nyata mengundang pujian dan menjadi bualan netizen, sekali gus membuktikan pesona putera Diraja bukan sahaja dari keturunan, tetapi juga dari keperibadian.

Sungai Sedim Tree Top Walk, Seronok Sampai Tak Nak Balik!
kedahKopi Waktu SedakaRaja Muda KedahTunku Sulaiman
https://lomp.at/f4crb
Share909Tweet568SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Iffah Najwa
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Remy Ishak ‘Sound’ Wartawan,- “You’re The Real Toxic…”

by Phic ARMAN
January 15, 2026

MURAI perasan sejak semalam timeline memang berasap. Isu wartawan Rex Tan yang tanya soalan sensitif pada George Galloway makin melebar...

Read moreDetails
Insentif

Dana Wakalah: RM200 Seorang Untuk Anak Istimewa

by Ayu Kamaruddin
January 20, 2026

Seramai 500 murid berkeperluan khas dari 25 sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan tunai berjumlah RM100,000, sekali gus mencuri...

Read moreDetails
via Freepik
Sosial Buzz

Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

by Iffah Najwa
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini menarik perhatian warganet apabila membincangkan fenomena kumpulan pemborong semula atau reseller yang dikatakan sering...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Di Manakah Tengku Zubaidah? Ini 7 Fakta Tentang Bekas Isteri Sultan Kelantan Yang Berasal Dari Thailand

by Phic ARMAN
December 19, 2025

Kalau anda minat cerita-cerita diraja, mesti tertanya-tanya siapa wanita cantik dan misteri ini. Nama dia Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore