Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Dana Wakalah: RM200 Seorang Untuk Anak Istimewa

by Ayu Kamaruddin
January 20, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Seramai 500 murid berkeperluan khas dari 25 sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan tunai berjumlah RM100,000, sekali gus mencuri perhatian ramai terhadap usaha menyantuni pendidikan anak-anak istimewa. Sumbangan RM200 seorang itu disalurkan menerusi dana wakalah Sun Life Malaysia Takaful Berhad, sebagai tanda komitmen korporat dalam menyokong kebajikan serta pendidikan pelajar yang kurang bernasib baik.

“Tiada Siapa Wajar Tercicir”

Menurut Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata inisiatif sebegini bukan sekadar pelengkap kepada usaha kerajaan, malah memperkukuh kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta demi pendidikan yang lebih inklusif.

“Golongan ini sering menghadapi cabaran yang unik dan oleh itu pembelaan serta sokongan berterusan terhadap mereka adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kasih Bersama Sun Life Malaysia Takaful Berhad.

Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu - Kinihalal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan

Beliau turut menegaskan kepentingan memastikan pelajar OKU tidak terpinggir daripada akses pendidikan yang berkualiti.

Kerajaan Peruntuk RM1.4 Bilion Untuk OKU

Dalam perkembangan sama, Zulkifli memaklumkan menerusi Belanjawan MADANI 2026, kerajaan memperuntukkan RM1.4 bilion khusus bagi memperkasa kebajikan OKU, termasuk sokongan pembelajaran, intervensi khas serta elaun bulanan pelajar OKU.

“Kerajaan berikrar untuk terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa dengan memperuntukkan ratusan juta ringgit sebagai elaun bulanan bagi setiap pelajar OKU.

Usaha itu turut diperkukuh dengan penyediaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti untuk komuniti rentan.

Bukan Sekadar Bantuan, Tapi Pelaburan Masa Depan

Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Berhad, Noor Azam Mohd Yusof, berkata pembangunan pendidikan merupakan asas kepada pembinaan negara, dan agihan wakalah zakat itu membawa makna lebih besar daripada sekadar bantuan kewangan.

“Seperti zakat, takaful bertujuan mewujudkan jaringan perlindungan untuk komuniti kita,” katanya, sambil menambah kerjasama dengan PPZ-MAIWP adalah usaha membina masa depan lebih berdaya tahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Berhad, Noor Azam Mohd Yusof

Bagi Murai, dalam dunia yang sibuk mengejar angka dan prestasi, anak-anak istimewa sering terpinggir tanpa kita sedari. Justeru, inisiatif seperti ini bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi satu mesej jelas bahawa pendidikan adalah hak semua, bila bantuan sampai tepat pada sasaran, di situlah nilai sebenar keprihatinan diuji.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dana wakalah Sun Life Malaysia Takaful BerhadMurid berkeperluan khas
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara