Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Biskut Hup Seng Ada Bangkai Lipas Kering, Lelaki Ini Serik,-‘Menjijikkan’

by Phic ARMAN
February 21, 2023
Share on Facebook

Satu posting baru-baru ini yang dibuat oleh seorang lelaki warga Singapura ke laman Facebook komuniti telah menjadi tular. Ia  selepas dia menjumpai seekor serangga yang mati pada biskut kering yang popular dikalangan rakyat Malaysia.

Pengguna Facebook, yang menggunakan nama Muhammad Haiqal, telah menyertai kumpulan Facebook komuniti, COMPLAINT SINGAPURA, pada 9 Februari untuk berkongsi pengalamannya selepas membeli sebungkus biskut krim Hup Seng.

“Baru makan separuh, ketika mencelup biskut saya ke dalam teh, dan kemudian saya melihat sesuatu yang pelik muncul,”- tulisnya di posting.

Lelaki ini berkata,  pada mulanya dia sangkakan ia adalah dakwat, melihat lebih dekat biskut baru dia perasan bahawa terdapat bangkai kering lipas yang melekat pada biskut.

“Apa yang saya biasa makan sebagai sarapan setiap hari [telah menjadi] sesuatu yang saya tidak akan makan selama-lamanya,” tulisnya.

Posting itu telah mendapat rekasi yang berbagai-bagai dari netizen. Haiqal turut melampirkan gambar pada postingnya, menunjukkan biskut yang didakwa terdapat bangkai lipas.

VIA Facebook
VIA Facebook

Dalam ruangan komen posting itu, Haiqal memaklumkan kepada netizen lain bahawa dia telah membeli biskut itu dari sebuah pasar mini di Rivervale, Sengkang, Singapura.

Haiqal turut menambah, dia terus membuang keseluruhan paket biskut krim itu. Antara gambar yang dilampirkan, Haiqal turut menambah gambar tarikh luput bungkusan berkenaan yang dilabelkan pada 10 Disember 2023.

Hup Seng, yang merupakan pengeluar biskut yang berpangkalan di Malaysia, telah menangani isu itu di laman web rasmi mereka

Hup Seng mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai isu terbaru berkenaan produk mereka, dan seterusnya memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kebersihan makanan sentiasa menjadi keutamaan dalam amalan pembuatan mereka.

“Kami mengambil isu kualiti dan keselamatan produk dengan sangat serius, dan kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami mematuhi amalan keselamatan dan kebersihan makanan yang ketat dalam proses pembuatan kami. Kami mempunyai langkah kawalan kualiti yang komprehensif untuk memastikan produk kami memenuhi standard kualiti dan keselamatan tertinggi,” baca kenyataan itu.

Syarikat itu meneruskan dengan mengeluarkan permohonan maaf atas perkara itu.

“Kami menghargai kesabaran anda pada masa ini. Kami akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan kami yang dihargai,” tambah mereka.

VIA laman Web Rasmi Hup Seng
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  2. 2

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  3. 3

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  4. 4

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

  5. 5

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara