• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Bocey Tiada Yang ‘Ketiga'”- Achey Bocey

by Khai Azfar
July 24, 2020
Share on Facebook

Setelah hampir 6 bulan Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey meninggal dunia, sahabat karibnya yang juga pelawak dan penyanyi, Achey Bocey menyifatkan tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Abam sebagai ahli kepada kumpulan Bocey.

Tidak Mencari Pengganti Dalam Masa Terdekat

Jelas Achey, baik dirinya mahupun seorang lagi anggota kumpulan itu, Fad Bocey ingin mencari seseorang sebagai ahli terbaru kumpulan mereka dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya akan ada kerjasama dengan mana-mana pelawak bersama mereka untuk penyertaan mana-mana rancangan realiti namun individu tersebut sama sekali tidak akan memakai nama ‘Bocey’.

“Saya akan masuk menggunakan nama Bocey, dan itu hanya saya dan Fad. Tidak ada orang lain”

Kelakar atau tidak, tersingkir awal sekali pun saya mahu nama Bocey berada di dalamnya. Meskipun tiada penyokong, saya tetap berdua (bersama Fad) untuk orang tahu nama Bocey masih ada lagi. Kalau ahli baru, dia akan menukar nama kepada yang lain. Dia tidak akan menggunakan nama Bocey.” katanya kepada Murai.my

Sentiasa Bertanya Khabar Keluarga Abam 

View this post on Instagram

A post shared by @abam_bocik

Dalam pada itu, Achey ketika ditemui Murai.my turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai keluarga arwah Abam. Kongsi pelantun Sakit itu, dia dan isteri sering kali bertanya khabar kepada balu arwah, Nor Hidayah mengenai keadaannya serta anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Setiap minggu saya mahupun isteri saya akan hubungi balu arwah dan kadang-kala saya akan masuk dalam live dia untuk menjadikan perniagaan dia lebih maju. Macam sekarang dia berniaga cempedak goreng dan juga durian. Dari situ saya tolong dari segi jarak jauh”

Melaksanakan janji dan hasrat Fad dan Achey sendiri, menurutnya mereka akan memastikan segala keperluan dan kelengkapan keluarga Abam sentiasa berada dalam keadaan mencukupi. Malah dia turut berasa gembira kerana perniagaan menjual kuih yang diusahakan oleh Hidayah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Untuk anaknya pula, saya tak nak melangkaui tanggungjawab dan janji saya. Tapi apa pun kena mendahului isteri arwah. Sebagai contoh, kami akan tanya apa lagi keperluan yang tidak cukup dan dekat situ kita tambah.  Kalau kata dia ingin meluaskan bidang perniagaan dalam industri ini, saya akan kenalkan dia dengan orang-orang yang berkaitan dan mereka akan berurusan sendiri”

Dilantik Menjadi Duta SugarBomb

Dalam perkembangan lain, Achey kini menjadi duta kepada SugarBomb, jenama bagi produk pewangi kereta dan minyak wangi. Selain Achey, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad terlebih dahulu menjadi duta kepada jenama ini.

Dalam majlis perasmian Nabil X SugarBomb X Achey di Ruang Seksyen 16, Shah Alam pada petang Rabu, sebanyak tujuh jenis bauan pewangi kereta dan satu jenis wangian untuk produk minyak wangi telah diperkenalkan menerusi SugarBomb X LuPK(Nabil) manakala Achey turut mempertaruhkan lima jenis wangian pewangi kereta edisinya yang dikenali sebagai SugarBomb X Achey Edition.

achey bocey
https://lomp.at/exhnm
Share7Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Anzalna Terharu Lihat Sikap Orang Ramai Dengan Eidrees-“Terima Kasih Minat Anak Saya..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Telatah anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees sentiasa mencuit hati netizen ketika bersama ibunya menerusi sesi siaran langsung...

Read moreDetails
Lokal

Orang Teraniaya? Ucapan Sarah Yasmin Kepada Emma Maembong Selepa Raih Aktres TV Popular Cetus Tanda Tanya

by Farah Fatihah
December 16, 2025

Siapa yang tak kenal Fatimah Rohani Ismail atau dikenali sebagai Emma Maembong, pelakon popular yang namanya memang tak pernah sunyi...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @yunishara36 (IG) / @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Dituduh Jalin Hubungan Dengan Suami Maia Estianty, Yuni Shara Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

by Nurul A.
December 17, 2025

Penyanyi Indonesia, Yuni Shara dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang selepas tular kembali khabar angin mengenai dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore