Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Gambar ‘Casing’ Bocor! Benarkah Ini Penampakan iPhone 14 Plus?

by Zaidin Albert
July 13, 2022
Share on Facebook

Nampaknya di media sosial, peminat gadget sedang sibuk memperkatakan kebocoran tentang iPhone 14. Salah satu kebocoran terbaru adalah mengenai kemunculan model “Plus”. Setakat ini, banyak khabar angin mencadangkan iPhone 14 akan tersedia dalam empat model iaitu iPhone 14 “biasa”, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro, dan iPhone 14 Pro Max.

Kemunculan khabar angin mengenai model “Plus” dikesan daripada gambar casing yang dipercayai casing iPhone 14. Foto itu dikongsi oleh seorang pembocor gajet dari China yang dikenali sebagai “Duan Rui” menerusi muat naik di akaun Twitter miliknya dengan nama @duanrui1205, Jumaat (8/7/2022). Dia juga berkongsi siaran yang sama di rangkaian sosial Cina Weibo.

Berdasarkan imej yang dimuat naik, terdapat empat casing berturut-turut yang dinamakan “14”, “14 Pro”, “14Plus dan “14ProMax”. Apabila dilihat, casing  “14 Plus” adalah serupa dengan “14”. susun atur lubang modul kamera adalah sama, iaitu dua lubang besar disusun menyerong, satu lubang kecil sedikit di bahagian atas kanan, dan lubang terkecil di kiri bawah. Namun, saiz casing “14Plus” lebih besar sedikit daripada “14”. Susun atur kedua-dua casing adalah lebih kurang serupa dengan versi “biasa” model iPhone 13.

Gambar yang diyakini sebagai casing iPhone 14 yang mengindikasikan model iPhone 14 Plus.(Twitter/@duanrui1205)

Ini bukan kali pertama khabar angin mengenai model iPhone 14 timbul. Sebelum ini, khabar angin mengenai iPhone 14 Plus juga telah diramalkan oleh firma penyelidikan pasaran Omdia. Menurut laporan Omdia, Apple akan melancarkan model dengan moniker baharu, iaitu iPhone 14 Plus yang menurut laporan lain, akan dinamakan iPhone Max.

Model “Plus/Max” dikatakan akan menggantikan model “iPhone mini”, yang dikatakan akan menutup operasi mulai tahun ini. Jika ya, maka iPhone 13 mini akan menjadi model “mini” terakhir.

Betul Ke iOS 26 Buatkan Bateri Phone Cepat 'Drain'? Ini Komen Apple

Menurut Omdia, model iPhone 14 Max/Plus dilaporkan akan dilengkapi dengan skrin panel OLED yang sama seperti Samsung. Adakah ini semua benar atau hanya spekulasi, sama-sama kota nantikan pelancaran rasmi model iPhone 14 pada masa akan datang.

Appleiphone 14 PlusIphone14
https://lomp.at/mxez7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara