• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Boikot Di Indonesia Tidak Sekuat Di Malaysia”- Rossa Puji Kelantangan Rakyat Malaysia Dalam Blockout 2024

by Puteri Alia
May 27, 2024
Share on Facebook

Diva Indonesia, Datuk Seri Rossa, memberikan pujian kepada rakyat Malaysia atas usaha mereka menzahirkan sokongan terhadap Palestin, terutama melalui kempen Blockout 2024 yang sedang giat dijalankan.

Menurut Rossa, atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, kempen sebegini turut wujud di Indonesia, namun impaknya tidak sehebat di Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan oleh perbezaan aliran pemikiran dan faktor geografi.

“Sebenarnya kempen boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Sepanjang berada di sini, saya memang merasakan impak kempen Blockout tersebut,” kata Rossa.

Rossa menjelaskan bahawa di Indonesia, sokongan solidariti terhadap Palestin tetap ada, namun tidak sekuat di Malaysia. Sebahagian masyarakat Indonesia mempunyai cara pemikiran masing-masing, atau mungkin kerana Indonesia terlalu besar untuk merasai kesan yang sama seperti di Malaysia.

“Setiap hujung minggu di Indonesia selalu ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin. Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menzahirkan sokongan mereka,” tambahnya.

Dalam usahanya untuk turut serta dalam boikot tersebut, pelantun lagu Hey Ladies ini mengakui bahawa dia tidak lagi mempromosikan jenama yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

“Saya tidak lagi mempromosi barangan jenama pro-Israel setakat ini. Sekiranya hanya untuk tujuan kerja dan tidak terlalu mempromosi, saya okey untuk hadir ke acara (jenama pro-Israel). Namun, kalau hard sell (terlalu terbuka), agak berat untuk diambil,” jelasnya.

Kempen Blockout 2024 diwujudkan untuk memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Kempen ini dilaksanakan untuk meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk yang ada kaitan dengan Israel dalam media sosial milik mereka.

Travel Hack 2026, Destinasi ‘Lokal Rasa Luar Negara’, Tapi Under Bajet

Netizen Malaysia menyambut baik kempen ini dan telah menyenaraikan beberapa nama artis yang didakwa bekerjasama dengan mempromosi produk jenama pro-Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Meerqeen, Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya, dan ramai lagi.

Rossa berharap dengan adanya kempen seperti Blockout 2024, lebih ramai selebriti dan masyarakat umum akan lebih peka dan menunjukkan sokongan yang lebih kukuh terhadap Palestin.

Sokongan yang berterusan dan kesedaran yang tinggi dalam isu ini amat penting untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Blockout2024IndonesiaMalaysiarossa
https://lomp.at/wflnu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore