Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

“Boikot Di Kedai Tapi Boleh Buat Sendiri Di Rumah”- 5 Resepi DIY Menu Air Starbucks Untuk Mereka Yang Craving!

by Soph Azz
December 1, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Gara-gara isu Palestin-Israel yang hangat diperkatakan, ramai yang sudah membuka mata dan mula memboikot sesetengah jenama yang menyokong Israel; termasuklah jenama minuman kegemaran orang ramai ini.

Disebabkan oleh solidariti bersama rakyat Palestin, isu boikot ini membuatkan beberapa cawangan Starbucks dalam negara mula ‘kesunyian’ dan tiada ramai pelanggan seperti dulu.

Sebagai alternatif kepada pengganti Starbucks; ada yang mula mencuba minuman jenama lokal dan ada juga yang mula berjinak-jinak mencuba resepi minuman kegemaran mereka di rumah.

Bagi yang merindukan minuman daripada Starbucks pula; Miss Murai nak kongsikan beberapa resepi yang kamu sendiri boleh cuba buat di rumah. Antaranya adalah…

#1 Caramel Machiato 

Foto – Pinterest

Bahan-bahannya:

  • Sirap vanila – 1 sudu besar
  • Susu – 177ml
  • Espresso – 30ml
  • Sos karamel
  • Ais

Cara-caranya:

  1. Ambil satu cawan dan letakkan sirap vanila ke dalamnya.
  2. Kemudian masukkan susu ke dalamnya.
  3. Masukkan ais dan espresso.
  4. Drizzle sos karamel di atasnya dan siap!

(Espresso boleh ditukarkan kepada instant coffee)

#2 Mocha Frappuccino 

Foto – Pinterest

Bahan-bahannya:

  • Ais – 8 ketul ke 10 ketul
  • Susu penuh lemak – 240ml
  • Estrak vanila – 1 sudu kecil
  • Serbuk gula – 3 sudu besar
  • Sos coklat – 3 sudu besar
  • Brewed coffee – 60ml
  • Whipped cream 

Cara-caranya:

  1. Menggunakan pengisar, campurkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
  2. Kisar sehingga teksturnya halus atau yang diingini.
  3. Tuangkan dalam cawan dan kemudian letakkan whipped cream serta drizzle dengan sos coklat di atasnya.

(Brewed coffee boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar instant coffee dan 1 cawan air panas.)

#3 Java Chip Frappuccino 

Foto – Pinterest

Bahan-bahannya:

  • Ais – 1/2 cawan
  • Kopi – 1/2 cawan
  • Susu – 1/2 cawan
  • Cip coklat – 2 sudu besar
  • Sos coklat – 2 sudu besar
  • Whipped cream 

Cara-caranya:

  1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream. 
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
  3. Kemudian drizzle dengan sos coklat dan siap untuk dihidang.

#4 Green Tea Frappuccino 

Foto – Pinterest

Bahan-bahannya:

  • Susu – 1 1/2 cawan
  • Ais – 1 1/2 cawan
  • Instant French vanilla pudding – 3 sudu besar
  • Serbuk teh hijau Matcha – 1 sudu besar
  • Whipped cream 

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecuali whipped cream.
  2. Kisar sehingga halus atau tekstur yang diingini dan tuang ke dalam gelas.
  3. Letakkan whipped cream dan taburkan sedikit serbuk teh hijau do atasnya.

(Instant French vanilla pudding boleh digantikan dengan campuran 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar gula.)

#5 Chocolate Chip Frappuccino 

Foto – Pinterest

Bahan-bahannya:

  • Susu – 1 1/8 cawan
  • Gula pasir – 1 1/2 sudu besar
  • Cip coklat – 1/3 cawan
  • Sirap coklat – 3 sudu besar
  • Ais – 1 1/2 cawan sehingga 2 cawan
  • Ekstrak vanila – 1/4 sudu kecil
  • Serbuk kayu manis
  • Whipped cream 

Cara-caranya:

  1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream. 
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
  3. Drizzle sedikit sirap coklat, dan taburkan cip coklat.

Mungkin ada sesetengah menu ini, rasanya tak 100% sama tetapi bolehlah buat sebagai ‘pengubat’ rindu kan? Selamat mencuba!

air starbucksmenu air starbucksresepi air starbucksresepi starbucksstarbucks
https://lomp.at/rqk2g
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara