Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Boleh Mekap Walaupun Cuaca Panas, Tapi Kamu ‘Wajib’ Pakai 5 Barang Ini

by Soph Azz
May 18, 2023
Foto - @muabellaz (IG)

Foto - @muabellaz (IG)

Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia menjadi terlalu panas. Bahangnya pula buatkan ramai yang tak tahan untuk keluar terlalu lama. Mana taknya, habis mekap jadi cair, bercapuk dan rosak akibat sinaran matahari yang sangat panas.

Bagi wanita yang suka bermekap, ada caranya untuk kamu kekalkan mekap menjadi on point sentiasa dan tak mudah untuk cair. Caranya adalah gunakan produk yang sesuai dan bagi Miss Murai, kamu wjaib pakai liam produk berikut.

Psst… Miss Murai jamin mekap tak akan cepat crack dan rosak kalau kamu keluar rumah walaupun cuaca panas!

1. Pelembap: Paula’s Choice Water-Infusing Electrolyte Moisturizer

Sebelum kamu apply foundation, Miss Murai cadangkan kamu sapu dulu pelembap daripada jenama ini kerana ia boleh mengekalkan kelembapan kulit dan langsung tak berminyak.

Foto – Paula’s Choice

Bukan itu saja, pelembap Paula’s Choice ini juga selamat untuk mereka yang berkulit jerawat kerana ia memberikan kamu kemasan dewy dan kulit nampak lebih sihat!

2. Sunscreen: Supergoop! Unseen Sunscreen SPF 40

Foto – Sephora

Suncreen Supergoop! ini adalah yang terbaik kerana ia tidak ada white cast, ringan, tiada bau dan finishing pula seakan-akan primer. Sunscreen yang bebas minyak dan kaya dengan antioksidan ini berupaya melindungi kulit daripada sinaran UV dan cahaya biru, menjadikan ia pilihan terbaik untuk mereka yang sentiasa berada di luar rumah!

3. Krim mata: Fenty Skin Thicc N Smooth Rich Peptide Eye Cream

Apabila terlalu terdedah dengan cahaya matahari, kawasan mata kita akan mudah mengalami masalah seperti kedutan, penuaan pramatang hingga kekeringan. Jadi penyelesaian Miss Murai adalah gunakan krim mata!

Foto – Sephora

Fenty Skin Thicc N Smooth Rich Peptide Eye Cream mengandungi peptide, kafein dan vitamin, menjdikan masalah dark circle, mata sembap, garis halus hilang dalam sekelip mata.

4. Primer: Fenty Beauty Pro Filt’r Mattifying Primer

Kalau tak mahu mekap cepat crack atau capuk, terutamanya di kawasan garis senyum dan dahi, Miss Murai cadangkan untuk kamu mula guna primer. Pilihan Miss Murai semestinya Fenty Beauty Pro Filt’r Mattifying Primer.

Foto – Sephora

Untuk mereka yang memiliki kulit berminyak, primer ini akan membantu mekap kamu ‘stay’ di atas wajah dengan lebih lama, tidak membuatkan mekap cair dengan cepat dan buatkan wajah terasa lebih lembap serta lembut!

5. Blush: Nudestix Nudies Matte All-Over Blush

Untuk kekalkan blush kamu lebih lama, malah sepanjang hari, Miss Murai nasihatkan untuk kamu mula guna cream blush. Dan pilihan Miss Murai adalah Nudestix Nudies Matte All-Over Blush.

Foto – Sephora

Blush ini membuatkan wajah kamu nampak lebih hidup, bermaya dan menawan dalam satu masa. Psst.. Bukan hanya boleh dipakai di tulang pipi saja tau, kamu boleh kenakan blush ini pada bibir atau bahagian mata juga!

Semoga bermanfaat!

mekapmekap kalis airmekap kalis peluhpetua mekaptips mekap
https://lomp.at/yfa4u
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara