Monday, August 25, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Boy Iman Ditahan Reman Kali Keenam

by Khai Azfar
October 13, 2017
Share on Facebook

Sebelum ini, pelakon dan usahawan Dato Boy Iman, telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes penipuan rumah murah yang melibatkan jumlah sebanyak RM 6.8 juta.

Boy Iman Ditahan Kali Keenam

Menerusi sumber Harian Metro, perintah tahanan reman terhadap Boy Iman telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Sebelum ini Boy Iman bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah.

Terdahulu, Boy Iman telah ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang tular di media sosial.

201 Laporan Penipuan

Sehingga hari ini, 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties telah diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan enam daripada laporan telah dilaporkan di Perlis.

Mangsa sebelum ini telah mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sehubungan dengan itu, taraf ‘Datuk’ yang dimilikinya juga telah disiasat sejak pelbagai kisah penipuan telah dilaporkan oleh netizen.

boy imandbi technology
https://lomp.at/7tdtf
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  3. 3

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  4. 4

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  5. 5

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem