Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Penunggang Agama! Rupanya Dia Bapak Scammer”- Boy Iman Tujukan Pada Siapa?

by Phic ARMAN
July 26, 2019
Share on Facebook

Kontroversi membabitkan penerbit filem Blok 404, Dato’ Dr Norul Iman A Rahman atau Boy Iman yang sebelum ini dikaitkan dengan isu penipuan skim pembinaan perumahan kos rendah tidak membuatkan dirinya patah semangat dalam meneruskan perniagaannya.

Menerusi salah satu posting yang ditulisnya di Instagram, Boy Iman meluahkan rasa bersyukur kerana Syarikat perniagaannya, DBI Technology Sdn Bhd masih kekal beroperasi dan sekaligus berjaya menangkis dakwaan beberapa individu tertentu yang menuduh syarikatnya melakukan penipuan.

“Syarikat saya, DBI Technology Sdn Bhd masih ada, tak mati2 lagi. Tak payah cakap “Sila Duduk, Jangan Lari”. Macam ada menteri tu sekarang dah tak jadi menteri, macam pemimpin NGO Pengguna tu sekarang dah lari senyapkan diri sebab dah kantoi kerana mempergunakan NGO tersebut untuk duit dan perniagaan dia, kena acah-acah hero dulu konon aktivis masyarakat, menunggang agama untuk poket sendiri. Sekarang tembelang sudah pecah, semua org da tau “game” dia. Cakap orang scammer rupanya dia bapak scammer.”- tulisnya di Instagram

Kurang pasti, siapakah individu yang ditulis oleh Boy Iman ini, namun rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti kontroversi ini dari awal pasti dapat meneka.

Seperti mana yang kita tahu, Boy Iman pernah direman berkali-kali bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Isu ini dihangatkan lagi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila membawa kira-kira 100 yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa keadaan untuk bertemu dengan Boy Iman.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
boy imanboy iman dapat doktorBoy Iman Gaduh PPIMboy iman penipuDato' Dr Norul Iman A RahmanDatuk Boy ImanPPIM Boy Iman
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara