Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Warga Emas Pulang Tangan Kosong Kerana Tidak Tahu Pengesahan SSM

by Phic ARMAN
March 7, 2017
Share on Facebook

Hari ini laman media sosial dipenuhi dengan hashtag #br1m apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan. Rintihan mereka semakin menjadi-jadi ketika dapat tahu permohonan mereka tidak diluluskan kerana alasan maklumat pendapatan pemohon tanggungan tidak mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan. Namun agak menyentuh hati apabila melihat satu posting yang dikeluarkan oleh salah seorang netizen di media sosial ini.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik, pemilik akaun Facebook yang bernama Zalia Hezlin meluahkan kekecewaannya berhubung keputusan permohonan seorang lelaki tua berusia 76 tahun yang tidak diluluskan permohonannya atas alasan perlu membuat pengesahan (SSM).

“Pakcik ni umur dia 76 tahun, awal pagi sebelum pukul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan BR1M,” katanya.

Malangnya, Hasil semakan pakcik itu tidak lulus dengan alasan perlu membuat pengesahan pendapatan (SSM).

“SSM ni apa sebenarnya? cuba bagi keterangan jelas. Ini warga emas tau! Jangan seksa dia suruh ke sana ke mari,” tulisnya.

Difahamkan pakcik ini dengan wajah yang hampa pulang dengan tangan kosong. Sangat menyedihkan.

Wanita ini turut  meluahkan rasa kekecewaanya kerana warga emas ini tidak tahu-menahu mengenai istilah SSM dan pihak bertanggungjawab haruslah memberi pendedahan yang jelas pada warga emas seperti pakcik ini.

Sekadar Gambar Hiasan

Penulis juga tumpang simpati dengan nasib kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tetapi gagal menerimanya. Kalau dulu ramai orang mempertikaikan pemberian BR1M suatu pembaziran, mengapa kini ramai pula yang bising tak dapat BR1M kan?

Sumber

Error happened.
[VIDEO] "Kita Punya Kampung, Perempuan Takda Kirja" - Lelaki Bangladesh Mengeluh Wanita Malaysia Bekerja
br1mMalaysiaTrendingWarga Emas
https://lomp.at/shk67
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara