Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Britney Spears Akhirnya Buka Mulut Selepas 13 Tahun! Akui Didera Oleh Bapa Sendiri

Britney akui sejak bertahun-tahun lalu dia seolah-olah didera oleh penjaganya.

by Khai Azfar
June 24, 2021
Via Jordan Strauss/Invision/AP)

Via Jordan Strauss/Invision/AP)

Share on Facebook

Telahan dan spekulasi peminat mengenai penyanyi Hollywood terkenal, Britney Spears kononnya berada dalam tekanan dan didera oleh bapanya sendiri, Jamie Spears akhirnya terjawab apabila pelantun Oops I Did It Again itu mendedahkan segala-galanya pada hakim perbicaraan kesnya pada Rabu.

Britney Dedah Kisah Sebenar 

Memetik laporan CNN, Britney telah memohon kepada hakim Brenda Penny untuk mengaturkan pendengaran kes nya secara atas talian. Dalam sesi perbualan telefon selama lebih 20 minit itu, Britney akui sejak bertahun-tahun lalu dia seolah-olah didera oleh penjaganya.

“Terlalu banyak yang terjadi sejak dua tahun lalu..kali terakhir saya berada di mahkamah”
“Saya tidak kembali ke mahkamah untuk jangka masa yang lama kerana saya merasakan suara saya seperti tidak didengari kali ”

“Lithium (sejenis ubat) terlalu kuat dan sangat berbeza dengan ubat yang saya ambil sebelum ini. Anda boleh menjadi tidak waras sekiranya ambil berlebihan mahupun mengambilnya lebih dari lima bulan”

“Saya seperti mabuk sehingga saya tidak mampu berdiri sendiri. Malah saya juga tidak mampu berbincang mengenai apa sahaja dengan ibu mahupun bapa saya. Saya beritahu mereka yang saya berasa takut dan mereka mula membawa enam orang jururawat yang berlainan untuk memerhatikan saya sementara saya berada dalam kawalan ubat” dedah Britney

Britney Dedah Sikap Keluarga 

Dalam pada itu, Britney turut mengkritik keluarganya termasuk Jamie yang mendakwa pada peminat dan media bahawa dia sedang menjaga kebajikan penyanyi popular itu.

“Keluarga saya langsung tidak berbuat apa. Apa-apa yang jadi pada saya perlu mendapatkan kebenaran bapa. Dia adalah orang yang akan mengesahkan segala-galanya. Seluruh keluarga saya tidak lakukan apa-apa”

“Saya tidak pernah diberi peluang untuk berbincang mengenai jadual saya. Mereka yang selalunya menyuruh saya untuk lakukan sesuatu”

“Saya ingatkan saya akan berasa gembira kerana selama ini saya hanya berpura-pura. Saya berada dalam keadaan terkejut dan trauma. Kali ini saya akan dedahkan perkara yang sebenar. Saya tidak gembira, saya tidak boleh tidur dan saya terlalu marah sehingga membuatkan saya seperti gila dan tertekan” katanya lagi

Mahu Jalani Kehidupan Normal

Dalam pada itu, Britney turut berharap agar kehidupannya kembali normal dan ingin memulakan kehidupan baharu bersama teman lelakinya, Sam Asghari.

“Saya mahu didengari. Saya mendedahkan perkara ini kepada awak(hakim) supaya awak akan faham mengenai impak yang saya hadapi selama ini”

“Saya hanya mahu kehidupan saya semula. Sudah 13 tahun dan cukuplah”

“Saya diberitahu bahawa ketika saya berada dalam kawalan penjagaan, saya tidak boleh berkahwin mahupun mempunyai anak. Sya mempunyai I[U]D (alat pencegah kehamilan) di dalam badan dan saya tidak boleh mempunyai anak. Saya mahu alat ini dibawa keluar supaya saya mempunyai peluang untuk mempunyai zuriat yang lain. Tetapi ‘pasukan’ ini tidak membenarkan saya berjumpa dengan doktor untuk membawanya keluar kerana mereka tidak mahu saya mempunyai anak mahupun anak yang lain.”

“Saya percaya kawalan ini adalah satu penderaan” tambah Britney

https://twitter.com/ZACCYTWEETS/status/1407885754936725505

Difahamkan, rakaman pengakuan audio Britney kepada mahkamah kini tular di media sosial dan sesi pendengaran kes nya akan disambung pada 14 Julai kelak.

https://lomp.at/w7nq2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara