Britney Spears Menangis Selama 2 Minggu Selepas Menonton Sebahagian Dokumentarinya

Mesti Baca

Britney Spears menyatakan dia menangis selama dua minggu selepas menonton dokumentari mengenai kisah hidupnya.

Sentiasa Diniliai, Dihina, Dan Dimalukan Oleh Media

View this post on Instagram

A post shared by Britney Spears (@britneyspears)

IKLAN



Britney Spears turut mendedahkan bahawa dirinya sentiasa dinilai, dihina, dan dimalukan oleh media.

“Ianya memerlukan banyak kekuatan untuk mempercayai alam kerana saya sentiasa dinilai…dihina..dan dimalukan oleh media…sehingga ke hari ini…Ketika dunia terus berubah dan hidup terus berjalan, kita masih tetap rapuh dan sensitif !!!”- Britney Spears

Menangis Selama Dua Minggu

Melalui laman Instagram, Britney Spears menyatakan bahawa dia menangis disebabkan dokumentari mengenai kisah hidupnya.

“Saya tidak menonton dokumentari itu tetapi dari apa yang saya lihat, saya malu dengan ‘cahaya’ yang mereka masukkan’. Saya menangis selama dua minggu…dan kadangkala saya terus menangis!!!”- Britney Spears

Britney turut menambah dia tidak berada di sini untuk menjadi sempurna.

“Saya melakukan apa yang saya boleh dengan kerohanian saya sendiri untuk mengekalkan kegembiraan saya sendiri…cinta..dan kebahagian!! Menari setiap hari membawa saya kegembiraan!! Saya tidak berada di sini untuk menjadi sempurna…Sempurna itu membosankan.. Saya di sini untuk menyampaikan kebaikan!!”-Britney Spears

Dokumentari “Framing Britney Spears” memaparkan mengenai sexism yang dihadapi oleh Britney Spears sepanjang kariernya, terutama sewaktu wawancara bersama media-media besar.

 

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan