Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Buat Pertama Kalinya, Saif Ali Khan Dedah Kronologi Rompakan Yang Hampir Ragut Nyawanya

by Nurul A.
October 10, 2025
Foto - @kareenakapoorkhan (IG)

Foto - @kareenakapoorkhan (IG)

Share on Facebook

Aktor Bollywood dan suami Kareena Kapoor, Saif Ali Khan akhirnya bersuara mengapa dia berjalan seperti tiada apa-apa selepas menjalani pembedahan besar berikutan insiden tikaman yang hampir meragut nyawanya pada awal tahun ini.

Menerusi rancangan ‘Two Much‘ yang dihoskan oleh Twinkle Khanna dan Kajol, Saif Ali menceritakan secara terperinci peristiwa ngeri yang berlaku di rumahnya apabila seorang perompak bersenjatakan pisau memasuki bilik anak bongsunya, Jehangir Ali Khan.

View this post on Instagram

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@kareenakapoorkhan)

“Malam itu Kareena keluar. Saya baru sahaja selesai menonton wayang bersama-sama anak, Taimur dan Jeh. Kami tidur sekitar 2 pagi. Tidak lama selepas Kareena pulang, pembantu rumah kami berlari dan menjerit, “Ada seseorang dalam bilik Jeh. Dia membawa pisau dan mengatakan dia memerlukan wang.”

View this post on Instagram

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@kareenakapoorkhan)

Mendengar jeritan pembantu rumah, Saif dengan serta merta bangun dari katil dan bergegas ke bilik Jeh.

“Saya nampak perompak itu berdiri di atas katil Jeh dengan sebilah pisau. Saya fikir dia lebih kecil daripada saya, jadi saya segera melompat ke atasnya. Kami bergelut, dan dia mula menetak ke semua arah dengan dua pisau.”

Dalam pergaduhan itu, Saif mengalami kecederaan tulang belakang. Manakala Jeh dan pembantu rumahnya turut ditetak. Dia mendakwa nyawanya terselamat berkat keberanian pengasuh Jeh menolak pelaku ketika dia ditikam.

View this post on Instagram

A post shared by Saif Ali Khan (@actorsaifalikhan)

Saif kemudiannya dikejarkan ke hospital. Walaupun cedera parah, dia memilih untuk berjalan pulang ke rumah tanpa kerusi roda. Kejadian itu menyebabkan orang ramai mempersoalkan kesahihan kejadian itu.

“Selepas semuanya selesai, ramai yang mencadangkan saya menggunakan kerusi roda apabila keluar rumah. Tetapi saya boleh berjalan walaupun sakit. Saya tidak mahu membuat rakan media dan peminat jadi panik.”

Twinkle Khann menambah bahawa ibu Saif iaitu Sharmila Tagore telah mencadangkan anaknya untuk menggunakan kerusia roda, tetapi aktor itu menolak kerana mahu menunjukkan keadaannya semakin pulih.

Kenapa Kareena Kapoor 'Anti' Dengan Salman Khan? - "Saya Tak Suka, Dia Pelakon Yang..."
kareena kapoorsaif ali khan
https://lomp.at/ri5h4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara