• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Buffet Ramadan Di Seri Pacific Hotel KL Menyajikan Citarasa Zaman Berzaman

by Phic ARMAN
April 4, 2022
Share on Facebook

Selepas selama 2 tahun kita menyambut ramadan di kala berhadapan dengan pendemik covid-19 kini ramai berpeluang berbuka puasa di restoran dan hotel yang menyediakan buffet ramadan. Baru-baru ini Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa “Citarasa Zaman Berzaman” di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 March 2022 yang lalu.

Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional “mesti cuba” di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur!

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk ‘Sup Gear Box- Power’, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan Satay. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.

Persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor” akan menghiburkan anda sekeluarga dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.

Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Bufet Citarasa Zaman Berzaman bemula dari 04 April hingga 01 Mei 2022, dari jam 6.30 ptg hingga 10.30 mlm. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang, RM60 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga biasa adalah RM150 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com..

Ikan Merah Panggang ala PortugisKari Kepala IkanPerut Lembu masak Lemak RebungPucuk Ubi Masak Lemak PedasRendang Udang Harimau Daun KunyitSeri Pacific Hotel Kuala LumpurSup Ekor BakarSup Gear Box- Power'
https://lomp.at/29dku
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

“Apa Itu Etok?”- 5 Makanan ‘Rare’ Kelantan Wajib Anda Cuba!

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Kelantan, atau lebih dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisinya. Selain nasi kerabu yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
LifeXplore

Dibuka Di Putrajaya, Ini 5 Cerita Menarik Tentang IRAMA Signature

by Phic ARMAN
December 15, 2025

Nama IRAMA Signature kini makin disebut-sebut, terutamanya dalam kalangan pencinta makanan Melayu. Dibuka secara rasmi di IOI City Mall, Putrajaya,...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

by Phic ARMAN
January 7, 2026

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore