• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Buka Cerita Lama, Priyanka Chopra Pernah Disuruh Baiki Payudara?

by Soph Azz
January 11, 2023
Foto - News 18

Foto - News 18

Share on Facebook

Jangan terkejut ye, ini kisah benar!

Siapa saja yang tak hilang keyakinan diri apabila ditegur tentang tubuh badannya. Lebih-lebih lagi bila diminta untuk baiki atau lakukan pembedahan plastik terhadap beberapa anggota badan.

Selain orang biasa, para selebriti juga tak terlepas daripada menerima teguran dan ‘saranan’ ini. Salah satunya adalah isteri Nick Jonas iaitu Priyanka Chopra yang diminta untuk lakukan pembedahan payudara. Bukan itu saja, dia juga disuruh untuk ‘baiki’ pinggulnya sekali.

Diminta lakukan pembedahan plastik pada usia muda

Dipetik daripada Daily Mail UK, sebaik saja dia memenangi pertandingan ratu cantik Miss World 2000 pada usia 18 tahun, Priyanka telah didatangi oleh beberapa orang pengarah. Ketika itu salah seorang pengarah tersebut memintanya untuk membesarkan payudara sekiranya mahu menjadi lebih popular dalam industri Bollywood.

Foto – Vogue

“Dia menyuruh saya berdiri dan berpusing di hadapanyya sebelum dia meneliti seluruh badan dan meminta untuk melakukan pembedahan payudara, pinggul dan rahang.”

Tambah Priyanka lagi, pengarah itu  juga menyuruhnya untuk melakukan pembedahan plastik di beberapa tubuh badannya yang lain. Tujuannya untuk membuatkan badannya nampak lebih menawan dan menggoda.

Foto – The Canadian Bazaar

Tak berhenti di situ, pengarah tersebut turut mencadangkan beberapa  nama doktor pakar pembedahan plastik di Los Angeles. Menolak kemahuan dan berfikiran jauh, Priyanka tidak mengikut saranan pengarah tersebut dan bangga dengan tubuh badannya tanpa sebarang pembedahan plastik.

Cintai diri, 3 cara untuk tingkatkan keyakinan diri!

Sekiranya kamu pernah hadapi situasi seperti Priyanka Chopra, diejek atau diminta untuk ubah keadaan tubuh badan; usah rasa terganggu dan terpengaruh dengannya. Sebaliknya belajar untuk cintai diri sendiri dan tingkatkan keyakinan diri dengan…

  • Terima baik buruk diri sendiri seadanya

Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain atau pun terpengaruh dengan apa orang kata tentang diri kamu. Keyakinan diri boleh hilang dan kurang apabila kamu melakukannya. Abaikan apa yang dikatakan oleh orang dan terima diri kamu seadanya, dan berbahagia dalam cara tersendiri.

Aktres Jelita Ini Gelar Priyanka Chopra "Selfish & Hanya Dirinya" Dalam Industri Hollywood
Foto – Dreamstime
  • Percaya dengan kebolehan diri sendiri 

Letakkan diri kamu dalam posisi yang berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan takut untuk gagal dengan kebolehan diri sendiri, dan cuba lihat perkara baru sebagai pengalaman serta perspektif yang berbeza. Dalam tak sedar, kamu akan rasai potensi dan kekuatan diri sendiri yang baru apabila berani untuk mencuba.

  • Puji diri sendiri 

Foto – iStock

Sekiranya ada yang menegur atau meminta kamu untuk ubah diri sendiri, cuba abaikan dan mula memuji diri sendiri. Berikan kata-kata pujian yang boleh naikkan mood kamu. Jangan lupa untuk puji diri setiap kali kamu berjaya lakukan sesuatu kerana ia akan mendorong untuk kamu percaya diri sendiri dengan lebih baik.

Jangan terikut dan mudah terpengaruh dengan apa yang dikata oleh orang. Kamu tahu diri kamu cantik dan menyerlah dalam cara tersendiri!

priyanka choprapriyanka chopra pembedahan plastik
https://lomp.at/yo981
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore