Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bulan Ramadan Bakal Menjelma, Sediakan & Siapkan Diri Kamu Dengan 5 Perkara ‘Wajib’ Ini…

by Soph Azz
February 29, 2024
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Bila masuk sahaja bulan Ramadan, ramai yang teruja nak menyambut bulan suci ini. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga dapat menahan hawa nafsu mereka.

Kalau kamu nak tahu, ada yang sudah bersedia dengan menyiapkan diri mereka sebelum menyambut bulan Ramadan. Dan ada sesetengahnya tidak mempunyai waktu yang cukup atau tidak tahu apa yang perlu disediakan.

Jadi apa yang perlu kita sediakan atau lakukan semasa bulan Ramadan? Miss Murai kongsikan lima perkara yang boleh dikatakan sebagai satu kemestian ketika Ramadan sebagai panduan untuk kamu ikuti.

1. Al-Quran 

Bulan Ramadan merupakan waktu yang terbaik untuk menghayati dan khatam Al-Quran. Bulan selain Ramadan juga boleh lakukannya tetapi bulan Ramadan memberi peluang dan masa yang lebih dari cukup untuk mempelajari Al-Quran.

Foto – Pinterest

Saranan Miss Murai, baca sekurang-kurangnya 2 ke 4 helai Al-Quran setiap kali habis solat fardhu. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk baca terjemahannya untuk tahu setiap maksud di sebalik ayat Al-Quran.

2. Rehat yang mencukupi 

Sekiranya dapat rehat yang mencukupi, kamu dapat kurangkan tekanan serta dapat tingkatkan mood dan konsentrasi ketika berpuasa. Jangan pula tidur berlebihan ye, nanti bangun tidur makin rasa lemah.

3. Kekalkan kesihatan & stamina 

Fizikal yang ‘kuat’ amat diperlukan ketika bulan Ramadan kerana kamu perlu menahan diri daripada makan dan minum. Jadi dapatkan makanan yang berkhasiat.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama lakukan pelbagai jenis senaman ringan seperti yoga, pilates atau regangan untuk kekal cergas.

4. Pastikan ambil makanan bernutrisi 

Jika tidak membeli makanan di bazar Ramadan, sediakan makanan yang bernutrisi dan sihat untuk berbuka atau sahur. Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah, terutamanya yang kaya dalam serat kerana ia bagus untuk sistem pencernaan.

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

5. Ambil air secukupnya 

Elakkan dehidrasi dan proses detox berlaku dalam badan, kamu dinasihatkan untuk minum air dengan secukupnya. Tapi Miss Murai syorkan untuk minum air kosong sahaja. Tujuannya adalah untuk beri kesegaran dan elak badan daripada berasa kekeringan.

Foto – Pinterest

Jika kamu minum air bergula atau kafein seperti teh dan kopi terutamanya ketika sahur, jangan terkejut ye bila tengah hari sahaja badan menjadi lembik serta kehausan.

Semoga bermanfaat!

Bulan Puasabulan ramadanstarter pack ramadan
https://lomp.at/lpwvg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara