Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Bunga Citra Lestari Disebut Abaikan Tempoh Iddah, 2 Ustaz Ini Akhirnya Buka Mulut

by Zaidin Albert
March 12, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Bintang dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat sedang menguatkan diri untuk cuba bangkit setelah kehilangan suami tercintanya, Ashraf Sinclair.

10 hari selepas kematian suaminya pada 18 Februari dan 2020, Bunga telah kembali menghiburkan peminatnya dalam beberapa acara. Bunga dilihat sudah beberapa kali muncul dalam beberapa acara dan menyanyi di hadapan khalayak umum.

Rata-rata peminatnya dapat melihat wajah Bunga masih dipenuhi dengan kesedihan dan kadang-kadang menangis, namun Bunga tetap cuba menyembunyi perasaannya kepada yang menonton.

Menyanyikan Lagu ‘Cinta Sejati’ di Malam Kemuncak Pemilihan Puteri Indonesia 2020

YouTube video

Terbaru, Bunga dilihat menjadi membuat persembahan nyanyian di Malam Kemuncak Pemilihan Puteri Indonesia 2020 pada Jumaat lalu (6/3). Di setiap penampilannya, Bunga selalu tampil dengan busana serba warna hitam yang menandakan dirinya masih berduka atas pemergian Ashraf Sinclair. Ramai yang melihat mata Bunga masih sembap saat menyanyikan lagu berjudul “Cinta Sejati” mengiringi para peserta Puteri Indonesia 2020.

Masih Dalam Iddah

Walaubagaimanapun ada juga segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakan Bunga yang sering muncul di dalam beberapa acara. Bunga dianggap tak menjalani masa Iddah saat suami baru sahaja meninggal dunia

Susulan dari hal tersebut, dua orang pendakwah yang dikenali di Indonesia iaitu Ustaz Munawir dan Ustaz Maulana telah memberikan penjelasan mereka.

Ustaz Munawir berkata, secara umumnya tempoh iddah berlangsung selama 4 bulan.

“Di sini ketika meninggalnya suami itu masa iddahnya 4 bulan ,”- kata Ustaz Munawir yang dipetik dari Grid.id.

Walau bagaimanapun, tempoh iddah itu sendiri juga bergantung pada keadaan keluarga yang tertinggal.

“Ia bergantung kepada keadaan semasa seperti isteri sedang hamil dan menunggu sampai  kelahiran bayi,” jelasnya.

Sementara itu, Ustaz Maulana menjelaskan berkaitan dengan tuntutan seseorang dalam menjalani iddah.

[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert 'Cinta' Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!
Ustaz Maulana Via Liputan6

“Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tempoh iddah tidak bermakna wanita itu dikurung di dalam rumah, tidak,” kata Ustaz Maulana.

“Tempoh idah bermakna tempoh di mana anda tidak boleh berkahwin sebelum tempoh iddah selesai,” jelas Ustaz Maulana.

“Sebenarnya, wanita yang baru sahaja kehilangan suaminya tidak bermakna bahawa semasa tempoh iddah dia mesti tinggal di rumah, memakai pakaian hitam, tidak seperti itu.”

Ustaz Maulana mendedahkan, Islam tidak mahu seseorang yang bersedih untuk berdiam diri meratapi kesedihannya.

Ustaz juga mengajak orang-orang yang terdekat dengan keluarga untuk terus memberi  sokongan kepada Bunga yang masih berduka.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung. Kematian Ashraf telah disahkan pada hari Selasa (18/2/2020), pukul 04.51 di Hospital MMC, Jakarta Selatan.

ashraf sinclairbunga citra lestariIddahMalam Kemuncak Pemilihan Puteri Indonesia 2020Temph IddahUstaw MunawirUstaz Maulana
https://lomp.at/0vke6
Share19Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara