Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Bunga, ‘Rapper’ Pertama di Malaysia Bertudung Muncul Dengan Single Debutnya

by Zaidin Albert
July 26, 2019
Share on Facebook

Rapper wanita yang membawa imej bertudung dan berbaju kurung ini pernah menggemparkan rakyat Malaysia awal bulan ini, apabila namanya dilaporkan dalam portal antarabangsa menerusi sebuah artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg.

Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mula menjadi sebutan ramai setelah persembahan perdananya di program Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura pada Jun lalu.

Imejnya sebagai gadis Melayu beragama Islam yang menutup aurat dan memelihara kesopanannya dengan bertudung dan berbaju kurung ketika menyampaikan bait-bait lirik dalam bentuk rap ternyata sesuatu yang unik dan luar biasa sehingga namanya menjadi tular ke seluruh dunia.

Bunga yang sebelum ini menggunakan nama pentas Bungaisme mula mencipta nama di arena Hip Hop tempatan apabila menjadi peserta dalam musim kedua program ‘16 Baris’ yang dicipta rapper terkenal Joe Flizzow.

Kini anak jati Perak ini bakal muncul pula dengan single debutnya yang diberi judul namanya sendiri “BUNGA”.

YouTube video

“BUNGA” merupakan karya ciptaan Bunga sendiri bersama figura yang cukup dikenali dalam arena Hip Hop tempatan iaitu Tripdisz dan Lady D. Manakala lirik pula ditulis oleh Bunga sendiri bersama Lady D. Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkap telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang ‘catchy’ dan lirik yang santai.

Rapper muda berusia 19 tahun ini berharap agar lagu pengenalannya ini bukan saja mendapat reaksi positif peminat Hip Hop tetapi diterima baik oleh peminat muzik arus perdana. Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanahair dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik Hip Hop yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan lelaki.

Single “BUNGA” terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 26 JULAI 2019.

Noor Ayu Fatini Mohd Bakhariwarner music
https://lomp.at/fmlef
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara