• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Bajet

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Lumayan

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Share on Facebook

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini melancarkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Impiana Kuala Lumpur City Center Hotel.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar (tengah) bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi (kiri) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid (kanan) meletakkan tapak tangan sebagai simbolik Pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023

PTPTN sentiasa komited untuk menggalakkan amalan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Usaha ini selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia. Justeru itu, Kempen Cabutan
WOW! Simpan SSPN 2023 yang merupakan kempen promosi tahunan yang diteruskan lagi pada tahun ini untuk mengalakkan penabungan dan sebagai penghargaan kepada
pendeposit Simpan SSPN.

Ahmad Dasuki Abdul Majid (kanan), Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar (tengah) dan Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff (kiri) bergambar bersama replika Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 menanti 138 orang pemenang. Cabutan kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima (5) Cabutan Siri seperti berikut:

Pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap RM100 bagi Simpan SSPN Prime yang disimpan dalam tempoh kempen akan layak satu (1) cabutan dan RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula akan layak dua (2) cabutan secara automatik.

Lebih menarik lagi, kempen kali ini turut memberi kelebihan bilangan cabutan berganda kepada pengguna aplikasi mobile app myPTPTN. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan RM100 melalui myPTPTN, akan mendapat bilangan cabutan sebanyak lima (5) cabutan, manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan RM50 melalui myPTPTN akan mendapat sepuluh (10) cabutan.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan dalam memupuk budaya menabung bermula pada tahun 2004 dengan menyediakan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN. Simpan SSPN terus berada dilandasan yang kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang disediakan.

Pendidikan Tinggi Makin ‘Accessible’, Pendidikan Percuma Kini Untuk Lebih Ramai Pelajar Miskin

Sehingga 31 Disember 2022, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM14.24 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.73 juta. Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi mobile app myPTPTN.

Dato’ Dr. Mohd Zabri bin YusoffDato’ Seri Abdul Razak bin JaafarEncik Ahmad Dasuki Abdul MajidPTPTNSSPN
https://lomp.at/sij3n
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bajet

“Gelap Gelita, Bintang Jelas Terang”- Padang Terap Perlis Rupanya Syurga Stargazing Asia

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Padang Terap, Perlis tiba-tiba muncul dalam radar pengembara low-key explorer apabila kawasan ini disebut-sebut sebagai syurga stargazing Asia dengan kawasan...

Read moreDetails
via @Ai generated
Bajet

Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya

by Farah Fatihah
December 21, 2025

Kuala Lumpur terkenal dengan pelbagai jenis penginapan, daripada hotel mewah hingga ke hotel bajet. Bagi pelancong yang mahukan keselesaan tanpa...

Read moreDetails
Bajet

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Semak Dividen ASB Secara Online 2025

by Phic ARMAN
September 17, 2025

Setiap hujung tahun, geng pelabur ASB mesti berdebar tunggu pengumuman dividen. Maklumlah, inilah masa paling best nak tengok “hasil” duit...

Read moreDetails
via Lazada
Bajet

Jom Sertai Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda Sempena Hari Ibu, Hari Guru dan Sambutan Syawal!

by Aphit J.
April 29, 2023

Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda akan bermula pada 5 – 9 Mei 2023, dengan membawakan ribuan promosi menarik! Penjimatan Hebat!...

Read moreDetails
Bajet

Orang Muda Kena Pandai Urus Kewangan? Apa Tipsnya?

by Rory Kim
December 8, 2022

Bagi anak muda yang mula menginjak usia 21 tahun ke atas, inilah masanya untuk anda belajar membuat keputusan sendiri dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore