• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Cantik Macam Wanita India, Ramai Yang Kata Tips Ini Berkesan!

by Soph Azz
February 9, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Percayalah sesiapa sahaja yang menonton filem Bollywood, selain jalan ceritanya pasti ada terpegun dengan kecantikan para pelakonnya. Lebih-lebih lagi bila watak heroin tersebut dilakonkan oleh Deepika Padukone; Kajol, Priyanka Chopra atau Rani Mukerji.

Berkulit sawo matang, wajah yang manis dan senyuman manja; adalah ciri wanita India yang sebenarnya tidak jauh bezanya dengan ciri wanita di Malaysia. Cumanya mereka nampak lebih cantik secara semula jadi jadi dan unik.

Senang sahaja wanita India nak maintain kecantikan mereka; tak mempunyai banyak pantang larang dan paling penting tak rumit untuk kita ikut. Nak tahu macam mana selebriti Bollywood jaga wajah mereka, Miss Murai senaraikannya untuk kamu di bawah;

Alia Bhatt 

Pernah dikongsinya di Vogue India, Alia hanya menggunakan ais batu dan multani mitti sahaja untuk kekalkan kecantikannya. Katanya ais batu digunakan untuk mengurangkan sembap wajah di waktu pagi, manakala multani mitti untuk kurangkan minyak wajah.

Foto – Pinterest

Multani mitti adalah lumpur dari Multan, yang popular sebagai lumpur yang mengandungi bentonite dan mineral. Kebiasaannya ia dicampurkan dengan masker untuk kulit yang berminyak.

Anushka Sharma 

Isteri kepada pemain kriket Virat Kohli, Anushka rupanya mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kecantikannya. Aktres ini memilih untuk detoksifikasi kulitnya menggunakan masker yang dibuat sendiri; menggunakan daun neem, yogurt, air mawar dan susu.

Foto – Pinterest

Daun neem atau Indian’s lilac adalah daun yang mempunyai sifat anti inflamasi, anti kulat, dan anti bakteria. Daun ini dikatakan berkesan untuk atasi jerawat, pigmentasi dan kulit berminyak.

Priyanka Chopra 

Foto – Pinterest

Bagi Priyanka Chopra pula, bibir merupakan aset utamanya. Dan untuk menjaga bibirnya, dia akan menggunakan lip scrub yang dipelajari daripada ibu dan nenek. Lip scrub yang dibuat sendiri itu, menggunakan garam laut, glycerin dan air mawar.

Deepika Padukone 

Deepika pula pernah menyebut bahawa dia sangat suka menggunakan clay mask untuk detoksifikasi kulitnya. Hanya gunakan selama 10 minit untuk dapatkan kulit yang segar dan lembap.

Foto – Pinterest

Selain itu, Deepika turut menggunakan baby oil atau minyak kelapa bagi mengurut wajahnya setiap hari.

Lara Dutta Bhupathi 

Foto – Pinterest

Aktres dan bekas Miss Universe, Lara Dutta Bhupathi adalah penggemar masker tradisional. Dan antara masker kegemarannya adalah serbuk cendana dan air mawar, serta gel aloe vera yang diambil terus dari kebunnya.

Aishwarya Rai Bachan

Dipetik daripada Vogue India, aktres ini hanya membuat masker menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja untuk menjaga kecantikan kulitnya. Aishwarya dikatakan membuat masker sendiri menggunakan:

Foto – Pinterest
  • Masker 1: Tepung chickpea, krim dan kunyit
  • Masker 2: Madu dan dadih
  • Masker 3: Pisang
  • Masker 4: Susu dan minyak kacang badam

Selamat dan menjimatkan wang memandangkan mereka hanya guna bahan dari dapur sahaja. Selamat beramal~

rahsia kecantikan wanita indiaselebriti indiatips cantik selebriti india
https://lomp.at/lhlqd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kecantikan

AEON Kini Ada Jenama ‘Makeup’ Sendiri, NALAE! 

by Phic ARMAN
December 6, 2025

Kalau kalian sering ke AEON, ini berita baik! Baru- baru ini MURAI tiba-tiba mata terpaku, “Eh, AEON ada makeup sendiri...

Read more
Foto - Pinterest
Kecantikan

Cantik Macam Wanita India, Ramai Yang Kata Tips Ini Berkesan!

Read more
by Soph Azz
February 9, 2023
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore