Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Cantik & Manis Betul Wajah Pengiran Anak Sarah, Sekilas Pandang Macam Lisa Surihani Pun Ada!

by Soph Azz
August 31, 2023
Foto - Twitter / NONA

Foto - Twitter / NONA

Share on Facebook

“Sejuk je mata memandang wajah Pengiran Anak Sarah, lembut je wajahnya.”

Seperti yang kita tahu, setiap ahli kerabat diraja memiliki rupa paras yang menawan dan personaliti yang menarik. Tak terlepas juga Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dari Brunei Darussalam.

Selain menjadi perbualan kerana memiliki rupa paras yang manis dan lembut itu, Pengiran Anak Sarah turut disukai dan menjadi inspirasi ramai wanita di seluruh negara kerana penampilan serta tingkah lakunya yang sopan itu.

Dalam entri kali ini, Miss Murai akan kongsikan dengan kamu beberapa info menarik tentang Pengiran Anak Sarah.

Foto – Warisan Permaisuri

Untuk pengetahuan kamu, Pengiran Anak Sarah diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei. Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri bagi pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Foto – XTRA / Warisan Permaisuri

Pengiran Anak Sarah telah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berusia 17 tahun. Hubungan percintaan antara pasangan diraja ini bermula ketika Putera Mahkota Brunei itu mengadakan lawatan ke sekolah Pengiran Anak Sarah.

Foto – XTRA / Warisan Permaisuri

Majlis perkahwinan yang mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year” itu turut dihadiri oleh orang kenamaan dan keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman. Pasangan ini telah mengenakan persalinan biru yang sangat unik dan mewah. Pasangan diraja ini telah dibawa mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut oleh masyarakat di sepanjang jalan menggunakan kereta open-topped Rolls-Royce.

Foto – Brunei Darussalam (FB)

Hasil perkahwinan pasangan ini, Pengiran Anak Sarah dan suaminya dikurniakan dua putera dan dua puteri iaitu DYTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim, DYTM Pengiran Muda muhammad Aiman, DYTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan DYTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

[VIDEO] Curi Perhatian, Gerak Langkah Puteri Ameerah Penuh Jadi Bualan Netizen
Foto – Pinterest / Getty Images
Foto – Pinterest / The Royal Forum

Kecantikan Pengiran Anak Sarah langsung tak dimamah usia. Masih cantik dan maintain awet muda sejak dari dulu lagi.

Foto – Pinterest
Foto – @pengirananakisteri (IG)

Psst… Kalau kamu perasan ada beberapa gambarnya, yang sekilas pandang nampak sama seperti Lisa Surihani.

bruneifakta puteri bruneiisteri putera mahkota bruneipengiran anak sarah
https://lomp.at/kcfzd
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara