• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Cara Jaga Badan Semasa Melancong, Makan Puas-Puas Tapi Maintain Kurus

by Lisa Ghani
December 15, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Lumrah bila pergi melancong, kita tak japat elak daripada mencuba pelbagai juadah. Lagi pula kalau jenis yang foodie, pantang nampak makanan yang menyelerakan, mulalah makan tak ingat dunia. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun pergi melancong, memang rugilah kalau tak cuba makanan baru.

Tabi kamu kena ingat, sambil melancong kamu kena juga jaga kesihatan supaya berat badan tak naik. Almaklumlah, wanita mana suka kalau berat badan naik, kalau boleh nak maintain kurus.

Herbalife Nutrition ada kongsikan beberapa tips bernas yang boleh kamu cuba semasa melancong. Nak makan puas-puas boleh tapi kesihatan jangan dilupakan.

Minumlah air dengan secukupnya

Semasa bercuti, kita lazimnya melonggarkan buat seketika kawalan diet dan melayan kehendak hati dan selera. Minuman air seperti air manis pasti menjadi pilihan. Biarpun sedap, minuman ringan seperti ini mungkin mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Foto – Entrepreneur

Jadi, cuba elakkan godaan minum terlalu banyak air manis dengan mengehadkan jumlah yang kamu ambil, dan minum air kosong secukupnya. Penghidratan amat penting untuk mengembalikan air yang hilang daripada peluh dan untuk mengelakkan suhu badan menjadi terlalu panas.

Bijak menikmati snek

Sambil bersiar-siar menghayati keindahan kota atau mengunjungi taman tema, kamu pasti menemui pelbagai kudapan atau makanan gerai tepi jalan yang menambat selera. Tetapi kebanyakan snek penuh dengan kalori, jadi cuba ambil satu atau dua suap dan berkongsi dengan rakan dan keluarga.

Foto – Herbalife

Kalau tak nak tergoda, sebelum keluar nikmati dulu sarapan dengan protein dan snek sihat bersama. Contohnya macam bar protein, kacang atau buah-buahan.

Bersenam jangan dilupakan

Walaupun tengah bahagia melancong, itu tidak bermakna kamu patut melupakan amalan senaman. Bawa kasut bersenam atau baju mandi supaya kamu boleh menggunakan gimnasium atau kolam renang. Jejak langkah harian kamu dan seboleh-bolehnya berjalan kaki ke tempat menarik di destinasi kamu.

Foto – Forks Over Knives

Banyak manfaat bila kamu berjalan kaki, boleh menghirup udara segar, menikmati pandangan indah dan mengenali penduduk tempatan di situ.

Tidur lena

Tapi macam mana nak mendapatkan tidur yang lena semasa melancong? Percutian terutamanya ke zon masa berbeza mengganggu corak tidur biasa kita. Jadi, setakat yang mungkin, cuba amalkan tidur pada waktu biasa dan bangun pada masa yang biasa.

Foto – iStock

Gunakan pelitup mata untuk menggelapkan suasana dan pengedap telinga untuk mengurangkan bunyi. Malah apabila kamu menuju ke restoran untuk sarapan dengan rasa mengantuk belum hilang, elakkan makan makanan bergula dan karbohidrat terproses seperti wafel dan pastri manis. Sebaik-baiknya minum air, kopi atau teh biasa dan dapatkan protein sihat seperti telur atau yogurt.

Cuba praktikkan cara ini, Insyaallah kamu masih mampu maintain berat badan dan secara keseluruhan menjaga kesihatan.

tips jaga badan semasa melancong
https://lomp.at/j1pql
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore