Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Cara Panjangkan Rambut Secepat Yang Mungkin, No.3 Paling Berkesan!

by Soph Azz
January 12, 2023
Foto - mStar

Foto - mStar

Share on Facebook

Setiap kali tengok cermin, ada tak kamu perasan kepala ada lopong-lopong botak? Atau rasa macam “Alahai lambatnya nak panjang”?

Kalau tanya mana-mana wanita pun, tiada seorang pun yang tak nak rambutnya tumbuh panjang, berseri dan sihat. Ini kerana rambut merupakan aset dan mahkota bagi seorang wanita.

Sekiranya kamu alami situasi di atas, rambut mula nak membotak atau lambat nak panjang, bolehlah cuba petua ini di rumah…

1. Mandi guna air suam

Psst… Suhu air yang tinggi dan terlalu panas boleh rosakkan kulit kepala dan rambut. Jadi untuk elak daripada ia berlaku, tukar kepada air suam.

Foto – Cambridge News

Air suam boleh membuka kutikel rambut dan memudahkan syampu serta perapi diserap dengan baik. Bukan itu saja, air suam juga boleh tanggalkan sel mati, kotoran dan kelemumur di kepala tau!

2. Elak warnakan rambut 

Jika nak rambut tumbuh dengan cepat dan panjang, jangan mewarnakan rambut dengan kerap kerana pewarna mengandungi bahan kimia. Bila kerap warnakan rambut, bahan kimia yang terkandung dalamnya boleh terkumpul dan rosakkan kulit kepala hingga menghalang pertumbuhan rambut.

3. Urut-urut kulit kepala

Ramai yang tak buat dan rasa leceh, tapi urut kepala sebanyak 3 kali seminggu boleh memanjangkan rambut dengan cepat. Kesan urutan di kulit kepala boleh bantu lancarkan peredaran darah ke kulit kepala supaya proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.

Foto – Health Shot

Caranya semasa mandi atau syampu, urut kulit kepala dengan lembut selama 3-5 minit okay?

4. Jangan kerap berenang

Jangan sedih okay? Kalau kamu nak tahu air kolam renang mengandungi klorin yang boleh rosakkan dan melambatkan pertumbuhan rambut. Sebab itulah lepas mandi air kolam kita akan rasa rambut kering sangat dan cepat nak kusut rosak.

5. Kurangkan pakai alat pengayaan rambut

Pengering, flat iron dan curlers memang ramai yang guna kerana mahu mencuba pelbagai jenis gaya rambut baru. Tetapi adakah kamu tahu, kalau guna dengan kerap, haba daripada alat ini boleh jadikan rambut lebih rapuh, mudah patah dan gugur?

Foto – WWD

Penyelesaiannya, kurangkan guna alat-alat ini dan biarkan rambut kering dengan udara secara semula jadi. Tapi kalau tergesa-gesa, boleh saja guna dan pastikan suhu tak terlalu panas serta sapu vitamin rambut untuk kelembapan.

Selamat beramal!

cara bagi rambut tumbuh cepatcara panjangkan rambut
https://lomp.at/o8tbt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara