Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Chef Wan Sesak Nafas, Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Suami Serina

by Khai Azfar
April 13, 2021
Share on Facebook

Isu mengenai perkahwinan kedua pelakon Serina Redzuawan masih hangat diperkatakan. Terbaru, menerusi hantaran di laman Instagram bapa Serina, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkongsi keadaan kesihatannya yang terjejas berikutan terkejut dengan berita pernikahan anaknya itu.

Chef Wan Hampir Terkena Serangan Jantung

Menurut Chef Wan, sejurus membaca komen daripada netizen dan teguran Serina mengenai pendedahkan perkahwinannya yang kononnya seperti mengaibkan mereka, chef selebriti itu mengalami sesak nafas.

“Anak perempuan saya cakap”
“kenapa papa aibkan kami””
“Suami saya nanti jika kena tindakan tatatertib atau di buang kerja macam mana?”
“Malu keluarga mertua disebabkan hal ini”
“Adoi Dr. tolong check hati saya sakit dan sedih”
“Bukan dia ingat hati bapak dia yang di tipu dik laki bini.Kita mendapat malu”
“Yang netizen tak tahu hujung pangkal pulak maki hamun kita tak tentu pasal termasuk semua kawan-kawan yang menyebelahi perbuatan mereka” tulis Chef Wan

Telan Pil Tidur

Malah dia juga terpaksa menelan pil tidur untuk menghilangkan tekanan dan bergegas ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan stabil.

“Jantung saya berdegup dengan kencang dua hari yang lalu”
“Saya bersumpah kepada anda yang saya hampir terkena serangan serangan jantung kerana saya berasa sesak nafas”
“Saya berhenti membaca semua komen di Instagram saya. Terpaksa telan pil tidur untuk hilangkan tekanan minda dan jauh dari masalah ini” tulisnya lagi

Polis Jalankan Siasatan

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis mengesahkan kertas siasatan terhadap suami Serina,Meor Mohammad Aidid yang juga merupakan pegawai polis berhubung isu gagal memohon untuk berkahwin kali kedua dengan Serina. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan pegawai itu sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

“Pada mulanya memang beliau bertugas di sini (Ipoh) sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis sejak 2019 lagi

“Jadi, kita serah siasatan kepada JIPS kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis,” katanya pada portal tersebut

Difahamkan, sekiranya perkahwinan tersebut tidak meminta kebenaran,tindakan tatatertib melalui jabatan akan dikenakan bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan” kongsinya lagi

Pada minggu lalu Serina mengumumkan dirinya selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada seorang pegawai polis. Namun hari bahagia tersebut menjadi sebaliknya apabila Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, dan mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.
Serina bagaimanapun menafikan dia berkahwin dengan suami orang mahupun bernikah di negara jiran, sebaliknya majlis itu diadakan di Perlis.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wanserina redzuawanserina redzuawan kahwinsuami serina redzuawan
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara