Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Chris Hemsworth Akhirnya Buka Mulut Soal Karakter Jadi Buncit Di ‘Avengers: Endgame’

by Zaidin Albert
May 29, 2019
Share on Facebook

Avengers: Endgame sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia. Setiap babak dalam filem ini memberi keterujaannya sendiri lagi-lagi dengan perubahan mengejutkan yang dialami oleh karakter Thor (Chris Hemsworth).

Transformasi Thor dalam siri sambungan Avengers: Infinity War ini pasti membuatkan peminat tertanya-tanya. Di bahagian awal filem, karakter Dewa Petir dari Asgard ini memang masih tampil seperti dalam filem-filem sebelumnya.

View this post on Instagram

A post shared by Chris Hemsworth (@chrishemsworth)

Namun selepas dia berjaya membunuh Thanos (Josh Brolin), Thor justeru mengalami perubahan bentuk badan yang mengejutkan. Dalam siri terakhir “The Avengers” ini, Thor dikisahkan menjadi seorang lelaki yang gemuk dengan perut buncit. Selain ada jambang dan rambutnya yang panjang, seolah-olah dia sama sekali seperti tak terurus. Bahkan Thor hanya menghabiskan sepanjang waktunya untuk minum bir dan tak mahu meninggalkan rumahnya hingga berminggu-minggu.

Selepas sebulan penayangan “Avengers: Endgame”, kini Chris buka mulut soal perubahan fizikal karakter yang dimainkannya tersebut. Dipetik dari Variety, rupanya aktor “Men In Black: International” ini diharuskan memakai sarung prostetik seberat 90 pounds (sekitar 40 kilogram) selama penggambaran.

“Secara amnya, aku harus menghabiskan tiga jam untuk riasan wajah dan rambut, itu bagus,” ungkap Chris. “Kemudian sarung prostetik, terutama untuk adegan tak berpakaian (topless), itu adalah silikon besar yang beratnya sekitar 90 pounds. Itu memenatkan.”

Terdahulu pengarauh “Avengers: Endgame”, Anthony dan Joe Russo, sempat menjelaskan kenapa mereka mengubah penampilan Dewa Petir itu. Menurut Russo Brothers, penampilan Thor tersebut memang dirancang untuk menggambarkan seperti apa depresi teruk yang dialaminya. Diketahui, Thor adalah salah satu karakter yang mengalami kehilangan ramai orang yang disayanginya selama franchise MCU berlangsung.

YouTube video

Dia dikisahkan kehilangan ibu, Frigga, dalam filem “Thor: The Dark World”. Lantas dia juga kehilangan ayahnya, Odin, dalam film “Thor: Ragnarok”. Sedangkan di “Avengers: Infinity War”, Thor kehilangan Loki (Tom Hiddleston), Heimdall (Idris Elba), serta separuh rakyat Asgardian saat pesawatnya dimusnahkan oleh Thanos. Ini menyerbankan Thor yang mengalami depresi akhirnya mencari hiburan dengan alkohol dan video game.

Chris Hemsworth
https://lomp.at/zp5y8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara