Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cipta Gaya Dan Tip Pemakaian Kanta Lekap

by Jash Lee
September 5, 2020
Share on Facebook

Bagi mereka yang memiliki masalah penglihatan, kaca mata adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun begitu, pemakaian kaca mata agak merumitkan terutama bagi mereka yang sentiasa bergerak aktif.

Kini dengan adanya kanta lekap, sedikit sebanyak masalah tersebut boleh diatasi. Malah, ada juga yang boleh bergaya dengan pelbagai corak dan warna kanta lekap mengikut citarasa tersendiri. Pemakaian kanta lekap tidak dibatasi dengan had umur, ada yang bermula dari usia 11 hingga 13 tahun juga sudah mengenakan kanta lekap.

Namun, ia bergantung pada kondisi dan keadaan mata seseorang. Tidak kurang juga ada pesakit yang berusia 80 tahun masih memakai kanta lekap. Seiring dengan pertambahan usia seseorang, mata juga cenderung untuk mudah kering. Justeru, pemakaian kanta lekap boleh menyebabkan rasa pada mata yang kurang selesa.

Jenis Kanta Lekap

via Hunter Vision

Terdapat beberapa jenis kanta lekap seperti kanta lekap korektif (corrective contact) , kanta lekap kosmetik (cosmetic contact) dan kanta lekap terapeutik (therapeutic contact). Kanta lekap korektif digunakan untuk mengatasi masalah gangguan penglihatan seperti Myopia, Hypermetropia, Astigmatism dan Presbyopia.

Manakala kanta lekap kosmetik selain berfungsi untuk mengatasi masalah gangguan penglihatan, ia juga direka untuk mengubah penampilan dan warna mata. Bagi kanta lekap terapeutik pula, ia digunakan untuk merawat mata yang mengalami gangguan nonrefraktif, terapeutik contohnya untuk melindungi kornea mata yang beriritasi kesan dari gosokan terutama ketika kelopak mata berkedip.

Terkini, kanta lekap hadir dalam pelbagai warna dan corak yang sesuai dan boleh dipadankan mengikut gaya dan warna rambut, fesyen, pakaian dan aksesori. Ia sangat diminati oleh golongan muda mudi terutama yang arif memilih dan sangat mementingkan gaya dan penampilan.

Gandingan kanta lekap kosmetik aneka warna dengan gaya rambut dan fesyen pakaian serta aksesori yang mencerminkan sentuhan peribadi serta dapat mencipta gaya yang tersendiri. Kanta lekap kosmetik adalah produk fesyen dan gaya hidup yang sangat menarik. Ia bukan sahaja sekadar untuk membetulkan penglihatan tetapi juga untuk menyerlahkan kecantikan dan keyakinan diri seseorang.

Tip Pemakaian Kanta Lekap Yang Betul

via MYNEWSHUB

Bagi yang memakai atau berhajat menggunakan kanta lekap, ada beberapa tip yang perlu anda ketahui agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

  • Pastikan anda selalu membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap. Bersihkan ia setiap kali selesai digunakan dan simpan dengan baik di dalam bekas khas bersama larutan khusus untuk kanta lekap.
  • Sebaiknya pemakaian kanta lekap dipakai sebelum anda menata rias wajah. Jika anda ingin menggunakan semburan rambut, pastikan anda menutup mata terlebih dahulu atau semburkan sebelum anda memakai kanta lekap.
  • Gunakan larutan khas untuk membersihkan kanta lekap yang berwarna, jangan sesekali memakai larutan dari bahan yang berasaskan peroksida dan jangan menggosok kanta lekap kerana ini boleh menyebabkan warna kanta lekap akan rosak.
  • Seperti mana anda memberus gigi, sama juga dengan kanta lekap, jangan sesekali menukar atau berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain walaupun sekadar mahu mencuba untuk melihat kesesuaian dengan mata anda.
  • Jika anda jenis yang sering mengenakan kanta lekap, pastikan anda menggantikan larutan pada bekas menyimpan kanta lekap sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Jangan memakai kanta lekap lebih dari 8 jam. Ini bagi memastikan mata anda akan terhindar dari sebarang masalah atau jangkitan kuman.
  • Jika mata menjadi merah disebabkan iritasi, pandangan kabur dan sensitif terhadap cahaya, biarkan mata anda berehat seketika atau gantikan kanta lekap dengan pemakaian kaca mata.
  • Biasakan diri memeriksa keadaan kanta lekap bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang kerosakan atau masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada mata sewaktu anda mengenakannya.
  • Jika kanta lekap terkena sabun atau cairan pembersih yang lain, bilas mata anda dengan segera, tanggalkan kanta lekap dan cuci dengan cairan khas sehingga sisa sabun hilang.
  • Akhir sekali, sekiranya ada benda asing memasuki mata anda, anda harus segera menanggalkan kanta lekap. Gunakan kapas dan keluarkan benda asing tersebut. Jika anda menggunakan sebarang ubat titis pada mata, pastikan kanta lekap ditanggalkan terlebih dahulu.
kantalekap ciptagaya carapakai jeniskantalekap
https://lomp.at/y8kgg
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara