Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Disebabkan oleh itu, ramai umat Islam memanfaatkan momen ini untuk memperbanyakkan lagi ibadah, doa dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Dan sepanjang 10 malam terakhir bulan Ramadan ini. MURAI sarankan kamu untuk berdoa tanpa henti kerana setiap doa yang dipanjatkan dengan penuh keihklasan berpotensi untuk dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Berikut MURAI kongsikan beberapa doa mustajab yang boleh kamu amalkan;

1. Doa Rasulullah S.A.W untuk Malam Lailatul Qadar 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

[Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni]

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. [HR Imam At-Tarmizi (3513) dan Ibnu Majah (3850)]

2. Doa Mohon Keampunan & Keberkatan Hidup 

 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

[Rabbana la tu’akhidzna in nasina aw akhta’na]

Maksud: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (Surah Al-Baqarah: 286)

3. Doa Mohon Rezeki Halal & Berkat 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِزْقًا طَيِّبًا وَعِلْمًا نَافِعًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

[Allahumma inni as’aluka rizqan tayyiban wa ‘ilman nafi’an wa ‘amalan mutaqabbalan]

Maksud: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat, dan amalan yang diterima. [Imam Ahmad (14859] dan Ibnu Majah (925)]

4. Doa Keselamatan Dunia & Akhirat 

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

[Rabbi aj‘alni muqimas-salati wa min dhurriyyati, rabbana wa taqabbal du‘a’i]

Maksud: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang mendirikan solat, dan terimalah doa kami (Surah Ibrahim: 40)

5. Doa Mohon Perlindungan Daripada Api Neraka 

اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

[Allahumma ajirni minannar]

Maksud: Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka.

6. Doa Mohon Rumah Di Syurga

رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

[Rabbi ibni lii ‘indaka baytan fil jannah]

Maksud: Wahai Tuhanku, bina untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga.

7. Doa Mohon Zuriat Yang Soleh 

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

[Rabbi habli mil ladunka zurriyyatan tayyibatan innaka sami’ud du’a’]

Maksud: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

8. Doa Untuk Kedua Ibu Bapa 

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

[Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira]

Maksud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah membesarkan aku ketika aku masih kecil.

9. Doa Perlindungan Daripada Orang Yang Zalim 

اَللّٰهُمَّ إنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ

[Allahumma inna naj’aluka fi nuhurihim, wa na’udhu bika min shururihim]

Maksud: Ya Allah, kami menjadikan Engkau sebagai pelindung daripada mereka dan kami berlindung kepada-Mu daripada kejahatan mereka.

10. Doa Mendirikan Solat 

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

[Rabbi aj‘alni muqimas-salati wa min dhurriyyati, rabbana wa taqabbal du‘a’i]

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang mendirikan solat, dan terimalah doa kami. (Surah Ibrahim: 40)

Ambil kesempatan ini untuk memohon apa yang dihajati. InshaAllah, semua doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan. Semoga bermanfaat!

doa malam lailatul qadardoa mustajablailatul qadarmalam lailatul qadar
https://lomp.at/ctxd4
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara