Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Cipta Sejarah GV! One Nation Emcees Nekad ‘All Out’ Di Peringkat Akhir

by Khai Azfar
December 17, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Menepati ramalan peminat sebelum ini, pada pentas Separuh Akhir Gegar Vaganza 2019 atau juga dikenali sebagai GV6 kumpulan One Nation Emcees (ONE) telah berjaya membuktikan kemampuan mereka apabila diumumkan berjaya ke peringkat akhir rancangan realiti itu pada 22 Disember ini.

Cipta Sejarah Baharu 

ONE dianggotai Mimi, Sabhi Sadhi,Jojo dan Kazoe telah menduduki tempat ketiga daripada enam penyanyi yang turut berjaya melangkah ke minggu terakhir GV yang disifatkan ramai sebagai edisi yang paling menyerlah apatah lagi dengan penambahan tiga lagi minggu sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/B6HOMbvlryy/

Dengan kemenangan tersebut, ONE sekaligus telah mencipta sejarah baharu bagi GV sebagai kumpulan yang pertama berjaya ke ‘final’. Terdahulu, antara kumpulan ataupun duo yang pernah menyertai GV adalah Billy Zulkarnain, Forteen dan Kool.

Menganggap ONE berjaya ke ‘final’ sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 33, Mimi berkata pada awalnya dia sendiri tidak menyangka mereka akan berjaya malah dengan peluang yang diberikan ini dia mengharapkan agar ONE dapat dijadikan sebagai satu pembakar semangat dan kemampuan artis berkumpulan memberi saingan di dalam GV.

“Hari ini dalam sejarah dan hari ini juga adalah hari lahir Mimi dan berjaya mara ke final. Kami memang tidak sangka akan berjaya masuk ke final sebab kami merupakan kumpulan pertama berjaya dan diharapkan dengan kemaraan kami ini akan dapat memberi semangat buat artis berkumpulan lain yang akan menyertai GV selepas ini”

Trending Di Twitter 

Dalam perkembangan lain, menerusi carian Murai.my pada malam separuh akhir itu turut mendapati nama ONE telah trending di Twitter, berada di kedudukan kedua selepas #GegarVaganza2019. Terkejut dan terharu dengan sokongan yang diberikan, ONE berkata mereka akan memberikan persembahan sehabis baik pada malam akhir kelak sebagai tanda penghargaan buat peminat-peminat yang memberikan sokongan buat mereka.

Malah ketika ditanya mengenai sasaran kelak, Sabhi berkata sememangnya dia dan ahli ONE yang lain mengimpikan untuk bergelar juara bagi edisi 2019. Namun dalam masa yang sama, mereka masih lagi dengan pegangan ONE yang mahukan menghiburkan peminat-peminat.

“Kami tak sangka persembahan kami akan jadi trending di Twitter sebab apa yang kami persembahkan tadi hanya nak enjoy dengan persembahan dan lakukan yang terbaik”

“Pendapat saya, saya nak One Nation Emcees bergelar juara. Saya tak kira dan fami akan fight sehingga habis-habisan” Ujar Sabhi kepada Murai ketika ditemui di sidang media konsert separuh akhir GV 2019.

Selain ONE, lima lagi finalis yang akan bersaing merebut gelaran juara GV 6 ialah Hady Mirza, Naqiu, Jatt Ali, Nurfatima dan Sham Visa. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 , sebuah trofi dan beberapa hadiah iringan lain yang lain.

one nation emcees
https://lomp.at/osq59
Share13Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara