Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)

Foto - @victoriabeckham (IG)

Share on Facebook

Comelnya hubungan mak dan anak ini!

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat naik karusel foto dan video anak bongsunya yang tak pernah dikongsi sebelum ini.

Dalam kapsyen penuh emosi yang mengiringi karusel itu, isteri David Beckhan itu telah menyebut Harper sebagai “dunia” dan “kawan baiknya”. Karusel foto dan video itu terdiri daripada gambar hitam-putih Victoria yang hamil sehinggalah Harper yang masih kecil memakai kasut ibunya.

Karusel itu turut memaparkan Harper menari balet, bermain seruling dan menyanyi lagu Carly Rae Jepsen, “Call Me Maybe“, dalam pakaian sekolahnya.

Foto – @victoriabeckham (IG)

“Selamat hari lahir duniaku! Awak adalah segala-galanya untuk saya dan saya sangat berbangga dengan awak yang menjadi wanita muda yang kuat, yakin dan berbakat. Awak kawan baik saya dan sangat bertuah dapat menjadi ibu awak. Kami sangat menyayangi awak #HarperSeven! Nikmati hari istimewa awak!!”

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

Kegemaran Murai ialah video Harper ketika kanak-kanak, melepaskan rama-rama daripada tangannya sebelum melompat dengan teruja. Kemudian foto Harper duduk di atas motosikal bersama ayahnya sambil memakai topi keledar. Dan sudah semetinya fotonya tidur berpelukan dengan ibunya.

Sangat comel!

Foto – @victoriabeckham (IG)

Selain daripada Victoria, David juga memuat naik karusel video dan foto Harper dari zaman kanak-kanaknya sehingga remaja dengan kapsyen ucapan ulang tahun.

View this post on Instagram

A post shared by David Beckham (@davidbeckham)

Tidak ketinggalan, abang-abangnya, Brooklyn Beckham, Romeo Beckham dan Cruz Beckham, serta kakak ipar, Nicola Peltz Beckham, turut mengucapkan ucapan ulang tahun kepada Harper.

“Selamat hari jadi Harper. Kami sayang awak”, tulis Brooklyn di fotonya bersama Harper dan isterinya, Nicola.

“Selamat hari jadi ke-14 kepada manusia paling menakjubkan yang ada. Sayang awak sentiasa dan selamanya”, ucap Romeo di Instagram Stories.

“Harper saya sangat sayangkan awak. Selamat hari jadi. Awak akan sentiasa menyakitkan hati saya dan sebaliknya, tetapi saya dapat awak selamanya”, tulis Cruz.

Foto- @brooklynpeltzbeckham (IG) / News Break / @cruzbeckham (IG)

Selamat hari jadi ke-14 Harper!

David Beckham Ada Hubungan Sulit? Ini Cerita Dari Victoria Beckham
beckhambrooklyn beckhamcruz beckhamdavid beckhamharper beckhamnicola peltz beckhamromeo beckhamVictoria Beckham
https://lomp.at/7epne
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara