Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

COVID-19: Selain Dr Hisham, Vivy Yusof Juga Digelar ‘Hero’ Di Asia

by Phic ARMAN
May 27, 2020
103
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, sebuah majalah terkenal, Hong Kong Tatler telah mencuri perharian rakyat Malaysia. Majalah itu mengeluarkan sebuah artikel menyenaraikan 29 individu berpengaruh di seluruh Asia yang berjuang melawan COVID-19.

Artikel yang bertajuk, ‘Tatler Heroes: Individuals Around Asia Leading The Fight Against Covid-19‘ itu menjadi muka depan majalah tersebut.  Penulis menggambarkan individu-individu ini sebagai Hero di negara masing-masing.

Mewakili Malaysia, selain Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, beberapa individu lain turut tersenarai. Antaranta usahawan Datin Vivy Yusof, Rashvin Pal Singh, Zatasha Idris, dan Melinda Looi.

Walaupun Vivy terpalit dengan pelbagai kontroversi dan kecaman semasa sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, namun ia tidak menjadi penghalang. Dari isu merendah-rendahkan golongan B40 hingga tiru rekaan tudung, Vivy tetap teguh dengan prinsip hidupnya. Hasilnya, Vivy dipandang tinggi oleh media antarabangsa.

Setelah rakyat Malaysia menerima arahan PKP dalam membendung penyebaran Covid-19, Vivy tidak duduk diam saja tanpa melakukan apa-apa. Oleh itu, dia dan suaminya, Fadza Anuar, mula mencari cara yang dapat memberikan sesuatu.

“Semuanya bermula di media sosial ketika saya melihat ketua Universiti Teknologi Mara, Dato Sri Syed Zainal, menderma alat pendingin hawa mudah alih ke hospital. Oleh itu, saya menghubunginya untuk meminta kenalan di hospital. Dari sana, saya menghubungi beberapa sukarelawan dan menyumbangkan alat pendingin hawa, komputer riba, wang tunai dan makanan untuk menampung mereka melalui pekerjaan mereka, ”katanya kepada Hong Kong Tatler.

Lebih membanggakan, wajah Vivy antara yang dilihat di muka depan Majalah Hong Kong Tatler untuk isu bulan Mei. Di Instagram peribadi Vivy, dia turut mengucapkan terima kasih dan bersyukur di atas penghargaan ini. Tahniah Vivy!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dan Melinda Looi.datin vivy yusofRashvin Pal SinghZatasha Idris
Share101Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara