Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dah Jalani Hukuman, Masih Dikecam – Tony Eusoff Sindir Netizen Gali Kisah Ganja di Singapura

by Puteri Alia
July 17, 2025
Share on Facebook

Pelakon berpengalaman Tony Eusoff meluahkan rasa terkilan apabila kisah silamnya berkaitan penyalahgunaan dadah kembali dibangkitkan oleh netizen, walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir satu dekad lalu. Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, dengan nada kecewa mempersoalkan motif sebenar sesetengah individu yang masih ghairah menggali kesilapan lampaunya meskipun dia telah menjalani hukuman dan insaf sepenuhnya.

Menerusi satu perkongsian di Instastory, Tony mengakui kesalahan itu adalah tanggungjawab dirinya sendiri dan bukan salah orang lain. Namun, dia juga menegaskan bahawa dirinya sudah membayar harga yang setimpal dengan kesilapan itu selepas menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di Singapura. Katanya, dia hanya mahu tahu apa tujuan sebenar pihak yang masih terus menghukum dan menularkan semula cerita lama yang sepatutnya sudah dikuburkan.

Reaksi itu timbul selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen yang mempertikaikan kedudukannya dalam industri seni dengan menyatakan bahawa dia pernah masuk penjara atas kesalahan dadah dan kini disenarai hitam di Singapura. Individu itu turut mempersoalkan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan yang sama. Menyedari komen tersebut mencetuskan kembali peristiwa hitam dalam hidupnya, Tony tampil bersuara, meminta masyarakat agar membenarkannya untuk terus move on daripada kisah silam.

Menurut pelakon filem Mencari Ramlee itu, dia sudah lama bangkit daripada kejatuhan itu dan sedang meneruskan kehidupan dengan cara yang lebih baik. Namun, Tony tidak menafikan masih wujud pembenci yang sukar menerima hakikat bahawa seseorang itu mampu berubah dan memperbaiki diri. Nada sindiran juga turut terselit apabila dia menulis, “Saya pernah berhutang dengan awak ke? Benci sangat sebab apa ya?”

Untuk rekod, Tony Eusoff pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah di Singapura selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis ganja ketika tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Mac 2015. Pihak berkuasa menemui paket berisi bahan sayuran yang mengandungi sekurang-kurangnya 4.56 gram ganja dalam simpanannya.

Walaupun insiden itu memberi impak besar terhadap kerjayanya, termasuk digam daripada sebarang aktiviti hiburan untuk satu tempoh, Tony tetap tabah menghadapinya dan memilih untuk kembali ke landasan yang betul. Namun begitu, cabaran sebenar buat dirinya hari ini bukan lagi soal kesilapan lalu, tetapi bagaimana untuk menghadapi segelintir masyarakat yang tidak mahu membuka ruang kedua kepada mereka yang sudah pun menebus dosa.

tony eusoff
https://lomp.at/0zzkn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore