Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dah “Lunyai” Mata Isteri Dikerjakan, Hafidz Roshdi Kongsi Gambar Berpeluk Tubuh “Tampak Kesal” Aniaya Bini

by Puteri Alia
March 8, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

Share on Facebook

Dalam kehidupan berumah-tangga, ujian dikatakan sentiasa hadir seperti air yang mengalir. Namun setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya.

Usah bertindak melulu dalam apa jua keadaan, apatah lagi ketika hati sedang marah kerana acap kali kekerasan berlaku di dalam rumah tangga apabila suami-isteri tidak dapat mengawal perasaan masing-masing.

Dalam institusi rumah tangga, haram hukumnya suami mendatangkan mudarat kepada isteri tanpa ada sebab yang hak, kerana mendatangkan kecelakaan kepada orang lain adalah suatu kezaliman.

Malah, sudah terang lagi bersuluh bahawa melakukan kezaliman adalah haram kerana Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim kerana kelak penyesalan pastinya menjadi rintihan sepanjang hidup.

Memuat naik gambar di Instagram miliknya, Pelakon Hafidz Roshdi, 29, kelihatan merenung jauh seolah-olah menyesal dengan apa yang telah terjadi.

VIA Instagram

Hal yang demikian kerana pelakon ini telah didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian di sebuah kawasan rehat dan rawat (RNR) di Sungai Buloh.

VIA Google

Menurut sumber Berita Harian, Pelakon Hafidz Roshdi, 29, didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

Menjengah ke ruangan komen bagi sentiap hantaran yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, rata-rata warganet melemparkan kata-kata kesat terhadap perlakuan yang dilakukan Hafidz itu sebagai tindakan suami dayus kerana telah memukul isteri.

Namun begitu, Murai MY tidak dapat mengesahkan sama ada beliau benar-benar menyesal atau sebaliknya kerana kebelakangan ini, meskipun namanya menerima banyak tohmahan namun Hafidz tetap memuat naik pelbagai hantaran yang menampakkan dia sedih, gembira dan murung.

Jadi sukar untuk kita hanya menilai daripada luaran sahaja, namun apa yang pasti semoga segalanya dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

Bengang Disekat Shuhada, Hafidz Roshdi Luah Rindukan Anak- "Saya Nak Hak Lawat"

Usah terus menghukum, namun para suami juga diingatkan agar tidak sesekali “naik tangan” kepada isteri mahupun anak-anak kerana haram hukumnya suami mendatangkan mudarat kepada isteri kerana mendatangkan mudarat kepada orang lain adalah suatu kezaliman.

Error happened.
hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/p4k2m
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara