Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Dah Viral Baru Repair? Wanita Berkerusi Roda Di Stesen KTM Seremban Kecewa Lif Selalu Rosak

by Zaidin Albert
June 28, 2022
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Usaha sepasukan sekumpulan pegawai polis bantuan membawa seorang wanita di atas kerusi roda menuruni tangga di stesen KTM menerima pujian di media sosial. Namun, tak kurang juga yang meluahkan kemarahan kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di sebuah pengangkutan awam yang ‘membanggakan’.

Kenapa? Kerana jika lif di stesen itu berfungsi dengan baik, mereka tidak perlu melakukan tindakan yang mengundang bahaya ini. Mana tidaknya, kalau tergelincir memang parah dan mungkin boleh membawa maut.

idontknowsodontaskme (@ashneko02) menggunakan akaun Twitternya untuk berkongsi foto kejadian sambil meluahkan kekecewaan mereka terhadap situasi itu. Dia menulis;

“Dari nak awal jadi lambat sebab kemudahan lift rosak. Terpaksalah minta bantuan polis bantuan , terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau takde dorang memang melopong jela. I hope pihak  @ktm_berha bole fix kan masalah lift ni dengan cepat ya”

Selain itu, dia dimaklumkan bahawa ramai yang telah mengadu mengenai lif yang tidak berfungsi, tetapi tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

“Sebab saya diberitahu dah banyak orang complaint pasal lift but tiada apa apa tindakan i hope after this KTMB bole pantas membuat pembaikan lift ya”- tambahnya lagi.

Dalam kemas kini yang dikongsikan oleh Perbadanan Aset Keretapi semalam (27 Jun), kerja-kerja pembaikan akan berlangsung hari ini (28 Jun) selepas kejadian itu menjadi tular.

“Kemaskini terbaharu daripada Railway Assets Corporation berhubung keadaan lif di Stesen Keretapi Seremban yg dikongsikan Negeri Sembilan kini.
Pihak kontraktor dan JKR akan turun esok (28 Jun 2022) untuk meneliti kerosakan dan seterusnya membaiki lif terbabit.
Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.” tulis mereka dengan berkongsi muatnaik dari FB Negeri Sembilan Kini.

Tapi apa yang disesali, kes-kes sebegini akan mendapat perhatian dan diambil tindakan selepas ia tular, terima kasig kepada sosial media. Kami amat berharap pihak yang berkenaan akan mengambil inisiatif yang lebih baik untuk menjaga kemudahan yang diperlukan oleh OKU.

Sangkut 3 Jam, Gelagat Penumpang Tren Turun Masuk Semak Curi Perhatian- "Tiba Join Kem Jati Diri"
KTMB
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem