Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dahi & Hidung Berdarah Sebab Ditumbuk” – Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Sekolah

by Puteri Alia
November 4, 2025
Share on Facebook

Pelakon muda, Muaz Zabir, mendedahkan sisi hidup yang tidak ramai tahu apabila mengakui pernah menjadi mangsa buli sewaktu zaman persekolahan hingga meninggalkan luka di wajahnya. Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 28, berkata kejadian itu berlaku apabila dia cuba mempertahankan diri daripada dibuli, namun akhirnya cedera di bahagian dahi dan hidung selepas ditumbuk oleh pelajar lain.

“Beberapa bahagian di muka saya berdarah. Tapi tidaklah sampai berjahit, cuma luka di hidung dan dahi. Saya balik rumah, basuh luka dan terus masuk bilik, tak keluar satu malam. Orang tua saya tak tahu sebab arwah ayah saya garang. Bukan tak nak beritahu, tapi takut nanti saya pula yang kena marah. Jadi saya pilih untuk kuat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi drama aksi Dorm 403 yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3.

Menurut Muaz, insiden itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya daripada seorang yang pendiam kepada individu yang lebih berani dan yakin dengan diri sendiri.

“Masa itulah saya sedar, saya tak boleh terus jadi orang yang pendiam. Tak boleh tunduk dan biarkan diri dipijak. Alhamdulillah, saya berjaya keluar daripada ‘kepompong’ introvert. Tapi saya faham, bukan semua orang boleh buat begitu. Jadi kalau dibuli, carilah orang yang boleh bantu. Itu paling penting,” katanya.

Muaz menjelaskan, pengalaman pahit itu juga mengajarnya melihat sisi positif dalam setiap ujian dan tidak menyimpan dendam terhadap pembuli yang pernah menyakitinya.

“Dulu saya introvert dan juga pengawas. Jadi biasalah, budak-budak nakal tak suka. Tapi saya tak salahkan mereka. Saya ambil perkara itu sebagai pengajaran. Kepada mereka yang dibuli, jangan diam. Kalau perlu bersuara, bersuara. Kalau perlu beritahu cikgu atau ibu bapa, beritahu. Jangan biar diri terus dalam keadaan itu,” katanya tegas.

Bagi memperkukuh semangat dan melindungi diri, Muaz mengambil keputusan untuk mempelajari seni silat selepas kejadian itu.

Muaz Tepis Tuduhan Ibu Tolak Bella Kerana Status Ibu Tunggal-"Tolong Hentikan Fitnah"

“Saya ambil silat bukan untuk bergaduh, tapi untuk pertahanan diri. Silat ajar bila masa kena hadap dan bila masa perlu elak. Itu penting. Sekarang dah tak ada buli, tapi ilmu itu masih saya guna dalam kehidupan dan lakonan,” ujarnya.

Menariknya, pengalaman silat itu kini dimanfaatkannya dalam dunia lakonan apabila Dorm 403 menjadi drama aksi pertama yang mencabar fizikal dan mentalnya.

“Ini kali pertama saya berlakon dalam drama aksi. Jadi saya ambil kelas Thai boxing supaya kekal ‘fit’ dan nampak meyakinkan dalam babak aksi,” katanya.

Muaz berkata, Dorm 403 bukan sekadar drama aksi biasa, sebaliknya membawa mesej sosial yang dekat dengan realiti remaja masa kini.

“Cerita ini tunjuk realiti pembuli tak semestinya kuat. Dalam kumpulan pembuli sendiri pun boleh ada pengkhianatan dan sifat toksik,” katanya yang kini dilihat semakin matang dalam kehidupan dan karier seni.

Muaz Zabir
https://lomp.at/mtyzh
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara