Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dahlia Rizal Terkejut Ramai Isteri Tak Periksa Telefon Suami – “Aku Seorang Sahaja Ke Gila?”

by Puteri Alia
October 22, 2025
Share on Facebook

Tidak menyembunyikan apa-apa daripada pasangan, isteri kepada pelakon Imran Aqil, iaitu pempengaruh media sosial Dahlia Rizal, mendedahkan bahawa mereka saling berkongsi kata laluan telefon dan akaun media sosial tanpa sebarang rahsia. Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, berkata perkara itu dianggap normal dalam rumah tangganya, namun dia terkejut apabila mengetahui ramai wanita lain tidak pernah memeriksa telefon suami masing-masing.

“Saya dapati perkara sebegini (tidak periksa telefon suami) sebagai mengejutkan atau (sebenarnya) mungkin tidak. Kebanyakan wanita atau kawan perempuan saya yang sudah kahwin maklumkan tak tahu ‘password’ pasangan. Mereka juga tidak sembarangan memeriksa telefon atau media sosial suami,” tulisnya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut Dahlia, dia mula tertanya-tanya sama ada tindakannya yang terbuka memeriksa telefon suami dianggap pelik berbanding kebanyakan pasangan lain.

“Saya macam, ‘aku seorang sahaja ke gila?’,” ujarnya berseloroh.

Lucunya, hantaran tersebut turut mendapat reaksi balas daripada suaminya, Imran Aqil, yang meninggalkan komen ringkas tetapi mencuit hati.

“Ya, awak seorang sahaja,” tulis pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, membuatkan ramai pengguna Threads terhibur dengan keakraban pasangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai wanita tampil menyokong tindakan Dahlia dan berpendapat bahawa saling mengetahui kandungan telefon pasangan bukan bermakna tidak percaya, sebaliknya sebagai langkah menjaga keharmonian rumah tangga.

“Dalam situasi sekarang memang suami isteri kena pantau mesej pasangan masing-masing. Bukan menyibuk, cuma demi kesejahteraan keluarga,” tulis salah seorang pengguna Threads.

Pasangan muda itu yang sering mencuri perhatian dengan kemesraan mereka di media sosial mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra, yang kini berusia lima bulan. Perkongsian Dahlia itu sekali lagi membuktikan betapa pasangan ini selesa berkongsi hal peribadi secara terbuka sesuatu yang dianggap berani namun jujur dalam dunia media sosial hari ini.

Imran Aqil Penat Cari Rezeki, Dahlia Rizal Dedah Suami Terlalu Letih Fikir Duit
Dahlia Rizal
https://lomp.at/98zbh
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara