Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Dalam Bulan Ramadan, Hanya Golongan Ini Saja Yang Tak Boleh Berpuasa… Siapakah?

by Soph Azz
March 20, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang tahu bila tibanya bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan berpuasa selama 30 hari. Mereka yang berpuasa mestilah menahan diri daripada makan, minum dan hawa nafsu dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Walaupun begitu, ada beberapa golongan yang tidak boleh serta tidak digalakkan berpuasa disebabkan oleh faktor kesihatan dan sebagainya.

Jadi siapakah mereka golongan yang tak boleh berpuasa?

#1 Individu yang sakit

Salah satu syarat untuk berpuasa adalah sihat. Tetapi sekiranya kamu sakit teruk dan parah, tidak digalakkan untuk berpuasa. Ada beberapa situasi sakit yang tidak membolehkan golongan ini berpuasa iaitu:

Foto – Pinterest
  • Individu yang tiada harapan untuk sembuh, tidak digalakkan untuk berpuasa sepanjang hayat. Mereka ini tak perlu menggantikan puasa.
  • Sakit yang ringan dan boleh sembuh seperti demam, sakit gigi atau telinga dibolehkan untuk tidak berpuasa atau buka puasa kerana bimbang situasi tersebut akan mudaratkan kesihatannya. Puasa yang ditinggal perlu diganti semula.

#2 Wanita yang datang haid & nifas

Seterusnya golongan yang tak boleh berpuasa adalah wanita yang sedang datang haid atau nifas (darah selepas bersalin).

Foto – Pinterest

Ini kerana jika mereka berpuasa, ibadah puasa mereka tidak akan sah dan tidak diterima. Tetapi selepas habisnya tempoh haid dan nifas, mereka perlu menggantikan semula jumlah hari yang tidak berpuasa. Seelok-eloknya ganti sebelum tibanya bulan Ramadan seterusnya untuk elak dibayar denda beras atau fidyah mengikut hari yang tidak diganti.

#3 Individu yang sedang bermusafir

Individu yang sedang dalam perjalanan jauh atau bermusafir diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Tetapi jarak perjalanannya mestilah melebihi 81 kilometer, menggunakan apa jenis pengangkutan.  Dan mereka yang tidak berpuasa disebabkan oleh musafir, perlu menggantikan semula.

#4 Ibu mengandung & menyusukan bayi

Kalau hari biasa pun, golongan ibu mengandung dan menyusukan bayi pasti tahu betapa penatnya badan. Jika ada ibu-ibu yang nak berpuasa juga pun boleh tapi dalam agama Islam, ada keringan untuk tidak berpuasa. Apa pun, ikut ketahanan dan kemampuan badan ye. Sama seperti wanita yang datang haid atau nifas, golongan ini juga perlu menggantikan puasa yang ditinggal.

#5 Orang tua 

Foto – Pinterest

Orang tua yang tak mampu menjalankan puasa, diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagai gantinya, individu tersebut wajib membayar fidyah berdasarkan hari yang tidak berpuasa.

Sekiranya kamu bukan sebahagian daripada golongan di atas, jangan saja-saja ye tak berpuasa…

golongan tak boleh puasagolongan tak digalakkan berpuasaindividu tak boleh puasasiapa yang tak boleh puasa
https://lomp.at/jwe1o
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore