• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Dalam Diam Ada Di Antara Kita Yang Alami Gejala Gangguan Mental Berikut

by Soph Azz
March 15, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Kalau pernah rasa emosi tak stabil, berfikiran negatif atau pun tak dapat tumpukan perhatian seperti biasa… Maksudnya kamu berkemungkinan menghidapi gejala-gejala gangguan mental.

Bagi yang tidak tahu, gangguan mental boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah mereka yang berada dekat dengan kita atau diri kita sendiri tanpa sedar. Ini kerana gejalanya mungkin remeh dan berlaku dalam keadaan kita tak sedar, membuatkan kita tidak ambil perhatian dan abaikannya.

Apabila gejala gangguan mental ini berlaku dalam diri, ia  boleh memberi kesan pada kehidupan seharian kita. Nak tahu apa gejalanya yang boleh menyerang jiwa kita tanpa sedar? Scroll dan ketahuinya dalam perkongsian di bawah;

#1 Mudah rasa cemas dan negatif 

Sebenarnya tak menjadi masalah kalau kamu rasa cemas atau bimbang dalam sesuatu masa. Tapi kalau kerap sangat rasa cemas atau bimbang, hati-hati kerana ia boleh ganggu aktiviti harian kamu.

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu, kesan daripada mudah rasa cemas atau bimbang ini boleh akibatkan dada kamu berdebar-debar, berpeluh, mudah menangis, atau paling teruk sekali serangan panik dan sesak nafas.

#2 Kitaran tidur terganggu atau insomnia 

Ketika fikiran mula jadi tak menentu, kerap berfikir atau sering jadi bimbang, kamu sebenarnya sedang alami gejala gangguan mental. Situasi ini akan buatkan kamu alami kesukaran nak tidur dengan normal gara-gara otak masih ligat ‘bekerja’. Kesannya kamu tidak boleh tidur seperti biasa, berjaga sepanjang malam dan insomnia.

Foto – Pinterest

Kalau kamu sering alami masalah tidur atau tak dapat hentikan pemikiran cemas daripada berlarutan, kamu perlu tahu ia adalah simptom awal kemurungan.

#3 Rasa tak berguna dan mula nak jauhkan diri 

Mereka yang sering dihantui dengan perasaan gagal atau tak berguna, pasti akan hilang rasa semangatnya nak hidup seperti biasa. Apabila perasaan ini mula menghantui, secara diam individu tersebut akan mula jarakkan diri daripada orang sekelilingnya. Dan dari situ dia akan jalani hidup dengan bersendirian dengan tanggapan bahawa dirinya tidak ada sesiapa di dunia ini.

#5 Susah untuk tumpukan perhatian dan kendalikan diri 

Foto – Pinterest

Ketika menjadi susah nak tumpukan perhatian, kamu akan dapati yang diri kamu sebenarnya akan susah nak kekal tenang dan menjadi tak terkawal. Gejala ini menunjukkan dengan ketaranya bahawa kesihatan mental kamu sedang terjejas. Akibatnya kamu boleh lakukan sesuatu yang berisiko dan di luar kawalan tanpa sedar.

Sekiranya kamu rasakan diri kamu atau nampak gejala ini pada orang sekeliling, cepat-cepat dapatkan bantuan ye…

gangguan mentalgejala gangguan mentaltanda gangguan mental
https://lomp.at/tcrzm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore