Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dalam Diam Tumor Bersaiz 2.7CM Berjaya Dikeluarkan, Awie Simpan Rahsia Hidap Kanser Buah Pinggang

by Puteri Alia
February 27, 2024
Share on Facebook

Penyanyi rock yang legenda, Datuk Awie, telah mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser buah pinggang empat tahun lalu, tetapi dia bersyukur kerana penyakitnya telah dikesan pada peringkat awal.

Pendedahan mengenai penyakit yang dihadapinya itu dibuat oleh vokalis kumpulan Wings itu semasa berucap di segmen “Pagi On Point” di stesen radio Kool 101 bersama Haiza dan Muaz.

Awie menjelaskan bahawa hanya keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui mengenai penyakit yang dihadapinya kerana dia tidak gemar berkongsi soal peribadi dengan orang ramai.

“Buah pinggang saya bermasalah apabila doktor mendapati ada tumor dan mengesahkan ia adalah kanser.

“Tapi, Alhamdulillah dikesan awal dan doktor berjaya buang tumor berkenaan. Masa nak beritahu saya, doktor macam tergagap-gagap dan sangat mencurigakan.

“Ketika itu, saya rasa seperti darah naik ke muka dan mungkin masa saya sudah nak habis,” kongsi Awie menerusi temubual berdurasi lebih 30 minit itu.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata, doktor menyarankan agar membuang buah pinggangnya, tetapi dia menolak kerana ingin meminta pandangan kedua.

“Saya termenung lama dan minta doktor beri saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain. Doktor mengesyorkan saya bertemu seorang doktor pakar di sebuah hospital.

“Selepas berjumpa doktor berkenaan, ujian imbasan menunjukkan memang 95 peratus kanser. Akhirnya, saya setuju buat pembedahan buang tumor bila puas dipujuk isteri, itu pun selepas empat bulan dapat rawatan.

“Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tumor ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tumor bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,” katanya.

awie wings
https://lomp.at/ag1mt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zul_ariffin (IG)
Lokal

Zul Ariffin Berhasrat Tamat Zaman Bujang Sebelum Usia 50-an

by Nurul A.
April 6, 2026

Bakal mencecah usia 40 tahun, nampaknya pelakon kacak Zul Arifin nampaknya tidak akan berhenti daripada 'diburu' netizen mengenai soal perkahwinan....

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara