Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dalam Diam Tumor Bersaiz 2.7CM Berjaya Dikeluarkan, Awie Simpan Rahsia Hidap Kanser Buah Pinggang

by Puteri Alia
February 27, 2024
Share on Facebook

Penyanyi rock yang legenda, Datuk Awie, telah mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser buah pinggang empat tahun lalu, tetapi dia bersyukur kerana penyakitnya telah dikesan pada peringkat awal.

Pendedahan mengenai penyakit yang dihadapinya itu dibuat oleh vokalis kumpulan Wings itu semasa berucap di segmen “Pagi On Point” di stesen radio Kool 101 bersama Haiza dan Muaz.

Awie menjelaskan bahawa hanya keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui mengenai penyakit yang dihadapinya kerana dia tidak gemar berkongsi soal peribadi dengan orang ramai.

“Buah pinggang saya bermasalah apabila doktor mendapati ada tumor dan mengesahkan ia adalah kanser.

“Tapi, Alhamdulillah dikesan awal dan doktor berjaya buang tumor berkenaan. Masa nak beritahu saya, doktor macam tergagap-gagap dan sangat mencurigakan.

“Ketika itu, saya rasa seperti darah naik ke muka dan mungkin masa saya sudah nak habis,” kongsi Awie menerusi temubual berdurasi lebih 30 minit itu.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata, doktor menyarankan agar membuang buah pinggangnya, tetapi dia menolak kerana ingin meminta pandangan kedua.

“Saya termenung lama dan minta doktor beri saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain. Doktor mengesyorkan saya bertemu seorang doktor pakar di sebuah hospital.

“Selepas berjumpa doktor berkenaan, ujian imbasan menunjukkan memang 95 peratus kanser. Akhirnya, saya setuju buat pembedahan buang tumor bila puas dipujuk isteri, itu pun selepas empat bulan dapat rawatan.

“Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tumor ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tumor bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
awie wings
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Spotlight

Ikuti JENNIE Meneroka Percintaan Musim Panas Dalam “Less than a Lover”

by Nurul A.
July 25, 2026

JENNIE, ahli BLACKPINK, baru sahaja mengeluarkan lagu baharunya iaitu "Less than a Lover". Ia merupakan sebuah balada pop alternatif yang...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Bekas suami Nora Danish, Muhammad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned, baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi satu...

Read moreDetails
Spotlight

Ahn Bo Hyun Kembali! ‘Flex X Cop’ Musim Kedua Bakal Gegarkan Disney+ Ogos Ini

by Phic ARMAN
July 3, 2026

Peminat drama aksi dan jenayah Korea boleh mula bersedia letak reminder dalam phone masing-masing apabila Flex X Cop Season 2...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Spotlight

Kutipan 3 Kali Ganda, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Selepas Larian 171Km

by Nurul A.
July 20, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi selepas menamatkan misi lariannya sejauh 170...

Read moreDetails
Spotlight

40 Lagu, 4 Bahasa! Shila Amzah Janji Konsert 25 Tahun Paling Epik

by Phic ARMAN
July 15, 2026

Kalau sebut nama Shila Amzah, memang ramai yang tahu perjalanan seninya bukan hanya bersinar di Malaysia, malah turut mencipta nama...

Read moreDetails
Foto - @kajol (IG)
Spotlight

Kajol Akui Pernah Lari Dari Sekolah Berasrama, Puncanya Buat Ramai Terdiam

by Nurul A.
July 21, 2026

Kalau kamu nak tahu, Kajol pernah mendedahkan kisah yang penuh dengan emosi dari zaman kanak-kanaknya. Kisah tersebut adalah dia pernah...

Read moreDetails
Maamor Jantan
Spotlight

Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

by Nurul A.
August 12, 2026

Seniman cat air tersohor Malaysia, Maamor Jantan bakal mempersembahkan koleksi cat air terbarunya, Interaksi Alam menerusi sebuah pameran yang akan...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Mohon Maaf Untuk Konsert- “Terlalu Banyak Yang Tak Dapat Dicoretkan”

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Sebuah konsert yang dinanti-nantikan pastinya diharapkan berjalan smooth dari awal sampai akhir. Tapi apa jadi kalau perkara teknikal pula mengganggu...

Read moreDetails
Foto - @jennyjohnsonhi5 (IG)
Spotlight

Tiada Reaksi Ketika England Jaringkan Gol, David Beckham ‘Backup’ Isteri- “Dia Rai Dalam Hati”

by Nurul A.
July 16, 2026

Bekas pemain bola sepak lagenda, Sir David Beckham tampil mempertahankan isterinya, Victoria Beckham selepas reaksinya semasa perlawan suku akhir Piala...

Read moreDetails
Foto - @nad.zainal (IG)
Lokal

Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Lahirkan Anak Keempat

by Nurul A.
July 1, 2026

Pelakon Ungku Ismail berkongsi khabar gembira apabila isterinya, pelakon Nad Zainal telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi hari ini....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  5. 5

    Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara