Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Dalam Kegawatan Ahli Keluarga Dibunuh Kejam, Wanita Palestin Ini Berjaya Lahir Kembar Empat Ketika Perang

by Puteri Alia
December 28, 2023
Share on Facebook

Terdahulu penceramah bebas Ustaz Ustaz Azhar Idrus memuji bahawa Allah beri kemuliaan orang Palestin untuk merasai nikmat paling sedap di dunia iaitu mati syahid yang mana nikmat tersebut sukar didapati pada umat Islam di negara lain.

Hal ini dijelaskan menerusi satu video ceramah yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pendakwah itu berkata, umat Islam di Palestin merupakan golongan yang sangat istimewa kerana sudah dijanjikan oleh Allah untuk membawa 70 ahli keluarga untuk ke syurga abadi setelah mati syahid.

Sebagai contoh, belum hilang kesakitan melahirkan kembar empat, Iman al-Masry iaitu wanita muda dari utara Gaza, terpaksa menempuh pengalaman yang cukup memenatkan.

Beberapa hari selepas perang Hamas-Israel bermula pada 7 Oktober, dia yang ketika itu hamil enam bulan bersama tiga anaknya yang lain, berjalan kaki dari rumah mereka di Beit Hanun di utara Gaza.

Memetik sumber laporan Harian Metro, ketika itu, mereka mahu mencari tempat berlindung selama beberapa hari.

Iman bersama anaknya itu berjalan kaki sejauh lima kilometer (km) untuk ke kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Dari situ, dia mencari pengangkutan yang akan membawa mereka ke Deir al-Balah, lokasi yang lebih jauh ke selatan.

“Saya hamil enam bulan dan jarak (perjalanan) terlalu jauh.

“Ia menjejaskan kehamilan saya,” kata ibu berusia 28 tahun itu.

Iman selamat melahirkan dua anak perempuan Tia dan Lynn, serta dua anak lelaki dinamakan Yasser dan Mohammed. Wanita itu melahirkan kembar empatnya itu secara pembedahan pada 18 Disember lalu.

Selepas melahirkan anak, Iman diminta segera meninggalkan hospital bagi memberi ruang kepada mangsa perang.

Namun, dia tidak dapat membawa Mohammed kerana keadaan bayinya itu yang terlalu lemah.

Zain Saidin Dedah Pernah Masuk Gaza -“Rasa Seperti Ke Mekah, Tapi Bunyi Dron & Bom Sentiasa Menghantui”

Kini, Iman bersama Tia, Lynn dan Yasser. Mereka tinggal di bilik darjah di sebuah sekolah di Deir al-Balah. Mereka tinggal di sekolah itu bersama kira-kira 50 ahli keluarga besar mereka yang lain.

“Berat Muhammad hanya sekilogram. Dia tidak boleh bertahan,” katanya, mengenai salah seorang anak yang ditinggalkannya di hospital di kem pelarian Nuseirat.

Berbaring di atas tilam di dalam bilik sekolah yang menjadi tempat perlindungan untuk keluarga besarnya, Iman menceritakan perjalanannya itu.

“Selepas keluar dari rumah, saya hanya mempunyai beberapa pakaian musim panas untuk kanak-kanak.

“Saya fikir perang hanya berlaku selama satu atau dua minggu dan selepas itu kami akan pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, harapannya untuk kembali musnah apabila perang berlanjutan sehingga lebih 11 minggu.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pertempuran itu menyebabkan 1.9 juta penduduk Palestin melarikan diri dari rumah mereka.

gazapalestin
https://lomp.at/2fjjc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara