Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Dana DEWI Dibuka Khas Untuk Usahawan Wanita, Ini Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026
Share on Facebook

Golongan usahawan wanita kini mempunyai peluang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan apabila kerajaan memperkenalkan Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI).

Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.

Malah, dana ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 200,000 hingga 300,000 usahawan wanita sepanjang tahun ini.

Dana Sehingga RM3 Bilion

Melalui inisiatif ini, kerajaan menyediakan jumlah dana sehingga RM3 bilion dengan pembiayaan yang boleh mencecah sehingga RM3 juta bagi setiap usahawan yang layak.

Langkah ini bertujuan membantu usahawan wanita mendapatkan modal bagi:

  • Mengembangkan perniagaan
  • Menambah modal kerja
  • Membeli aset perniagaan
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran

Agensi Yang Terlibat

Program pembiayaan di bawah dana DEWI dilaksanakan melalui empat agensi utama iaitu:

  • Tekun Nasional
  • Bank Rakyat
  • SME Bank
  • Amanah Ikhtiar Malaysia

Setiap agensi menyediakan skim pembiayaan yang berbeza bagi memenuhi keperluan usahawan wanita dari perniagaan mikro sehingga perusahaan kecil dan sederhana.

Program Pembiayaan Yang Ditawarkan

Antara program pembiayaan yang boleh dimohon melalui dana DEWI adalah seperti berikut:

1. Skim Pembiayaan Wanita – Tekun Nasional

  • Skim ini disediakan oleh Tekun Nasional dengan jumlah pembiayaan sehingga RM30,000.

Butiran pembiayaan:

  • Pembiayaan maksimum: RM30,000
  • Tempoh bayaran balik: sehingga 3 tahun
  • Kadar keuntungan: sehingga 4% setahun

2. BR BizLady-i – Bank Rakyat

  • Program ini disediakan oleh Bank Rakyat khusus untuk membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka.

Maklumat pembiayaan:

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM1 juta
  • Tempoh bayaran balik, PKS: sehingga 7 tahun dan Mikro: sehingga 5 tahun
  • Kadar keuntungan: sekitar 4% hingga 5.25% setahun

3. MySMELady 2.0 – SME Bank

  • Program ini ditawarkan oleh SME Bank bagi membantu usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan.

Butiran pembiayaan:

  • Minimum pembiayaan: RM100,000
  • Maksimum pembiayaan: sehingga RM3 juta
  • Tempoh bayaran balik: sehingga 5 tahun
  • Kadar keuntungan: sekitar 5% setahun

4. Skim Pembiayaan Ikhtiar

  • Skim ini dikendalikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia yang memfokuskan kepada wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah.

Maklumat pembiayaan:

  • Pembiayaan sehingga RM30,000
  • Tempoh bayaran balik sehingga 150 minggu
  • Peruntukan keseluruhan: RM2.7 bilion

Antara skim yang ditawarkan termasuk:

  • i-Wibawa – tambahan modal perniagaan bermusim
  • i-Sejahtera – skim sosial usahawan wanita
  • i-Bestari – meningkatkan perniagaan
  • i-Penyayang – bantuan sosial usahawan wanita

Cara Mohon Dana DEWI

Permohonan boleh dibuat melalui agensi yang menyediakan program pembiayaan tersebut.

Berikut cara memohon:

  • Skim Pembiayaan Wanita
    Kunjungi mana-mana cawangan Tekun Nasional
  • BR BizLady-i
    Mohon secara online melalui portal rasmi Bank Rakyat
  • MySMELady 2.0
    Layari laman rasmi SME Bank
  • Skim Pembiayaan Ikhtiar
    Hubungi atau kunjungi cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia

Bagi Murai, inisiatif seperti Dana DEWI ini memang satu langkah yang sangat baik kerana semakin ramai wanita kini aktif dalam dunia perniagaan. Dengan adanya pembiayaan sehingga RM3 juta, usahawan wanita bukan sahaja boleh memulakan perniagaan kecil tetapi juga mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih besar.

Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI)Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
https://lomp.at/tsh4g
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Program KAHA MAIDAM 2026 kembali dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang telah sedia menerima bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Gardenia: 1,300 Murid Terima Squiggles Percuma

by Phic ARMAN
January 12, 2026

MURAI dengar-dengar, suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor pagi tadi ceria lain macam! Mana tidaknya, Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
Insentif

RM600 Sekali Gus, Nafas Lega Buat Pemandu Teksi & Bas Sekolah Pulau Pinang

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu....

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Persekolahan RM150: Ini Hal Yang Perlu Anda Ambil Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Keresahan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah akhirnya terjawab apabila penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 kepada semua murid dijangka selesai...

Read moreDetails
Insentif

Doktor Kontrak Tarik Nafas Lega, Kerajaan Lulus Elaun Pertukaran & Perpindahan

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Berita baik buat doktor kontrak yang bakal menerima lantikan tetap di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan bersetuju memberikan elaun pertukaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara