• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Dapat ‘Verified Badge’! Mas Khan Kongsi Cara Dapatkannya

by Khai Azfar
September 25, 2018
Share on Facebook

Boleh dikatakan, begitu ramai yang dambakan akaun sosial media mereka ‘diiktiraf’ dengan memperoleh ‘verified badge’ dimana-mana sosial media. Baik Facebook, Instagram mahupun Twitter, logo atau lambang ini diberikan buat mana-mana penggiat industri yang disahkan dan diiktiraf.

Mas Khan Peroleh Verified Badge Di Instagram

Terbaru, pelakon kacak Mas Khan dilaporkan baru sahaja menerima pengiktirafan tersebut dari pihak Instagram. Biarpun jumlah pengikutnya tidaklah sebanyak jumlah pengikut artis popular yang lain, namun tahukah anda ada diantara akaun artis popular ini tidak menerima pengiktiran tersebut. Barangkali kualiti lebih bagus daripada kuantiti?

Kongsi Cara Dapatkan Verified Badge

Mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengiktirafan tersebut, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, 24 ketika dihubungi murai.my berkata, dia begitu gembira setelah menerima pengiktirafan tersebut malah turut berkongsi cara untuk dapatkan ‘Verified Badge’ tersebut.

“Saya sebenarnya gembira apabila menerima verified badge ini.  ianya bukanlah satu perkara mudah untuk disahkan oleh pihak Instagram. Bagi saya tidak perlukan jumlah pengikut yang berjuta-juta untuk dapatkannya. Cukup hanya dengan menjadi diri sendiri dan sering berinteraksi dengan pengikut antara yang sering saya lakukan. Hasilnya akaun saya menerima pengesahan tersebut”

Tidak sombong dan sering berinteraksi dengan pengikut di Instagram merupakan ‘cara’ yang sering digunakan oleh pelakon ini. Menolak cara penggunaan ‘pihak ketiga’ seperti membeli atau meminta mana-mana pihak untuk dapatkan pengiktirafan ini, tambah Mas dia juga tidak menyangka akan mendapat ‘tanda biru’ ini memandangkan jumlah pengikutnya tidaklah mencecah 1 juta pengikut seperti mana tanggapan orang ramai untuk mendapatkan Verified Badge ini.

Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon

Dalam perkembangan lain, menurut Mas dia baru sahaja pulih dari kecederaan ACL yang menyebabkan dia terpaksa tolak segala tawaran filem dan drama ketika itu.

Tidak cukup dengan kecederaan tersebut, baru-baru ini pula dia diserang demam campak sekaligus sekali lagi terpaksa ‘bercuti’ daripada terbabit dengan aktiviti luar sehingga terpaksa menolak sebuah telemovie yang kini sedang dalam penggambaran. Meskipun begitu, khabarnya tidak lama lagi Mas Khan akan terbabit dalam sekual ketiga filem popular yang tersenarai sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia. Nantikan kemunculannya!

mas khan
https://lomp.at/132f0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Bakal Sultan Brunei? Video Pengiran Abdul Muntaqim Tersenyum, Ramai Tak Tidur Malam

by Phic ARMAN
January 15, 2026

Baru-baru ini, video pendek Pengiran Abdul Muntaqim tular di TikTok. Dalam video itu, baginda tersenyum manis, tak lokek langsung dengan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Livery Lama ‘MAS’ Muncul Di KLIA, Rupanya Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Livery Klasik Itu

by Iffah Najwa
January 7, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian ramai apabila seorang penumpang menyedari kemunculan pesawat Malaysia Airlines dengan livery lama...

Read moreDetails
Insentif

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kerajaan terus mempergiat usaha mengawal harga rumah menerusi tiga inisiatif strategik bagi memastikan rakyat, khususnya pembeli rumah pertama, masih mampu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Tular baru-baru ini, ada dakwaan bahawa jika berbuka di Park Hyatt Kuala Lumpur di Menara Merdeka 118, waktu berbuka sedikit...

Read moreDetails
via imgaefx
Sosial Buzz

Deposit Sewa Kereta Didakwa Tidak Dipulangkan, Penyewa Luah Rasa Kecewa

by Iffah Najwa
February 16, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian apabila seorang individu mendakwa deposit sewaan kereta miliknya berjumlah RM1,300 masih belum...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore